1.07 juta belum tukar MyKad

0

SEJUMLAH 1.07 juta orang rakyat negara ini yang mencapai usia 18 tahun masih belum memperbaharui MyKad mereka manakala 64,122 orang kanak-kanak yang mencapai usia 12 tahun gagal memohon kad pengenalan diri itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan membuat MyKad akan menyukarkan kanak-kanak itu untuk menduduki peperiksaan selain menimbulkan banyak masalah sebaik permohonan lewat dibuat.

mykad-baru

“Penukaran MyKad baharu pula perlu disebabkan perubahan rupa paras dan wajah pemohon. Penukaran ini wajib dilakukan berdasarkan Peraturan 25 Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1980 (Pindaan 2007).

“Mereka yang gagal boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya selepas melancarkan Percetakan Teragih dan penyerahan MY12/MY18 di Jabatan Pendaftaran Bagan Datoh di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pada tahun lalu, sebanyak 681,356 orang telah kehilangan MyKad mereka dan jumlah itu semakin bertambah dari tahun sebelumnya.

Beliau menegaskan, sepatutnya orang ramai menjaga MyKad masing-masing seperti menjaga diri sendiri.

“Kehilangan itu terlalu tinggi dan sangat membimbangkan. Kalau hilang kerana bencana seperti kebakaran, kecurian, jenayah dan bencana kita boleh kecualikan namun banyaknya akibat kecuaian sendiri.

“Justeru, kita tidak boleh biarkan keadaan itu terus berlaku kerana ini bukan sahaja boleh menggugat keselamatan negara malahan menimbulkan keadaan yang tidak baik nanti,” katanya. (Sumber berita: Utusan Online/ 16 Feb 2014)

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply