10 blog pilihan

3
Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

HARI ini, kemunculan blogger baru bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hadir dengan cara tersendiri dan berjaya mengumpul pengikut setia di blog mereka.

Bagi mereka yang aktif dalam dunia blog, pastinya mengenali blogger berpengalaman antaranya seperti Mat Gebu (www.tiffinbiru.com), Ben Ashaari (www.benashaari.com), Azlita (www.azlitamasammanis.com), Maria Elena (peliks.blogspot.com), Shea Rasol (www.myamethyst-shea.com), Irine Nadia (irinenadia.blogspot.com), Fatin Liyana (honeykoyuki.blogspot.com), Lyssa Faizureen (www.lyssasecret.com) mahupun Nisa Kay (www.nisakay.com).

Blogger yang disebutkan di atas (sekadar menyebut beberapa nama) berjaya mengumpul ribuan pengikut setia mereka dengan cara tersendiri hingga bukan sahaja dikenali dikalangan blogger, dapat menjana pendapatan (melalui iklan di blog) malah mendapat perhatian di media cetak dan elektronik sekali gus menjadi public figure. Misalnya, Hanis Zalikha (inibelogsaya.blogspot.com) yang kini menjadi pengacara, pelakon dan duta produk kecantikan.

Kejayaan blogger senior ini pastinya menyuntik inspirasi kepada junior mereka. Berikut ini 10 blog pilihan Inspirasi Magazine berdasarkan pengisian (kandungan blog) dan cara penyampaiannya (gaya penulisan).

Tatie

www.kisahtatie.com
Menjadi blogger sejak 2009, Izzati (Tatie) pada awalnya menulis hanyalah sekadar suka-suka sahaja. Menerusi blognya, blogger sepenuh masa dan setiausaha (Sahabat Media Tourism Malaysia) ini banyak berkongsi mengenai pelancongan, makanan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan gaya hidup kini termasuk kecantikan, hiburan dan lain-lain.

Fatin

www.fatinsuhana.blogspot.com
Blogger cantik ini banyak berkongsi cerita berkisar kehidupan peribadinya dengan paparan gambar menarik dan gaya penulisan bersahaja. Sama seperti kebanyakan wanita seusianya, Fatin gemar bergaya dan memuat naik gambar fesyen pilihannya selain banyak menulis mengenai produk kecantikan.

Nina

www.ninamirza.blogspot.com
Jika anda food lover, blog ini antara yang harus dikunjungi. Di dalam blog ini anda pasti kecur liur melihat paparan gambar makanan yang dikongsikan pemiliknya. Berkongsi resipi yang telah dicuba bagaikan satu kepuasan bagi blogger masakan ini. Gaya penulisan Nina ringkas dan mesra pembaca.

Amir

www.amirnawawi.com
Menggunakan nama pena amirnawawi di ruangan maya, blogger muda ini masih menuntut di tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di sebuah universiti tempatan. Penulisan diblog ini cenderung kepada perkongsian ilmu, selain cerita sekitar aktiviti hariannya. Walaupun hanya menjadi blogger untuk memenuhi waktu lapang, namun dia berjaya meraih pendapatan sampingan menerusi tulisan advertorial.  Lebih menarik, pemuda ini pernah memenangi beberapa pertandingan penulisan blog, termasuk tempat pertama untuk penulisan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Fitrah

www.fitrahibu.com
Banyak info menarik mengenai keibubapaan, keluarga, kesihatan dan pelbagai tip bermanfaat dikongsi dalam blog ini. Wanita baru menjadi ibu sangat sesuai mengunjungi blog yang disusun letak dengan baik sekali, cukup mesra pembaca. Kebanyakan maklumat mengenai kehamilan, kesihatan ibu mengandung dan penjagaan bayi  ada di sini. Penulisannya ringkas dan santai, paparan gambar sesuai juga membuat perkongsian tambah menarik.

e-dania

www.e-dania.blogspot.com
Walaupun kebanyakan yang dikongsikan pemiliknya berkisar cerita peribadi, namun seronok dibaca. Kisah yang dikongsikan cukup santai, tetapi sesuai untuk semua peringkat usia. Blogger ini ada cara tersendiri dalam penyampaiannya selain gaya bahasa yang digunakan bersahaja, diselitkan juga info bermanfaat untuk pembaca. Mimik muka pembaca pasti berubah-ubah apabila membaca entri-entrinya.

mawardi

www.mawardiyunus.com
Pastinya pembaca seronok dan teruja tatkala melayari blog ini. Kebanyakan perkongsiannya berkisar mengenai gaya hidup, makanan, hiburan dan pelancongan, selain rencana ringkas berkenaan isu semasa. Sokongan gambar menarik, menjadi ‘penguat’ setiap entri di dalam blog ini. Pendek kata, sambil membaca boleh ‘cuci mata’.

MekOnie

www.letopkeypad.blogspot.com
Blog berkonsep gaya hidup ini memang menarik untuk dikunjungi. Ada pelbagai rencana berinformasi yang dikongsi pemiliknya, selain berkisar mengenai acara atau majlis yang disertai ditulis dengan gaya bahasa yang santai (terutama berkaitan pengalaman peribadi pemilik blog), jadi mudah difahami pembaca.

bubbly

www.bubblynotes.com
Pemilik banyak berkongsi mengenai kehidupan peribadi terutama mengenai perkembangan anaknya di blog ini, namun tetap berjaya menarik perhatian ramai pembaca sekali gus mengumpul pengikut setia. Mungkin kerana topik perkongsiannya santai dan ringkas, membuat pembaca terhibur tatkala singgah di blog ini.

Kisah

www.kisahemasputih.com
Bagi mereka yang masih tercari-cari tip membina blog, di sini banyak tutorial menarik untuk anda pelajari. Gaya penulisan di blog ini ringkas dan santai, sesuai untuk anda yang baru berjinak-jinak menjadi blogger. Selain berkongsi mengenai kehidupan peribadi, pemiliknya turut menyelitkan rencana berkaitan perkembangan terkini dunia hiburan.

* Kami akan membuat review blog khusus mengenai pelancongan, anda ada calon yang sesuai? Boleh email kami di inspirasimagazine@gmail.com atau mesej di inbox facebook/inspirasimagazine.com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

3 Comments

Leave A Reply