10 selebriti shopaholic

0
Hampir lapan peratus populasi di dunia ini adalah orang yang ‘gila berbelanja’. Wow! -Gambar hiasan.

Hampir lapan peratus populasi di dunia ini adalah orang yang ‘gila berbelanja’. Wow! -Gambar hiasan.

“HUH lega, hilang sekejap tension I. Tengok heel ni, cantikkan. Dress merah ni ada diskaun 50 peratus!” kata Sherry gembira, sambil menayangkan barang dibeli. Moodnya kembali ceria, tidak lagi muram dan sunggul.

Ya, bagi segelintir orang, berbelanja menjadi terapi terbaik ketika menghadapi tekanan dan hampir semua wanita suka membeli-belah. Setuju? Beberapa kajian menunjukkan,  hampir lapan peratus populasi di dunia ini adalah orang yang ‘gila berbelanja’.

Mereka sukar mengawal nafsu berbelanja dan membeli apa-apa sahaja yang mereka lihat, menghabiskan waktu serta wang untuk barang yang kemungkinan besar tidak diperlukan. Dalam bahasa perubatan, gejala ini disebut ‘Compulsive Shopping Disorder‘ dan selebriti berikut adalah ‘ratu shopping’ sejati.

Katie Holmes
Bekas isteri aktor tampan, Tom Cruise ini memang suka membeli-belah. Bukan untuk dirinya sendiri, tetapi lebih banyak membeli pakaian, kasut, dan aksesori untuk anak perempuannya, Suri. Isi almari pakaian anak kesayangannya itu dianggarkan hampir mencapai lima juta dollar dan Katie tidak berhenti berbelanja untuk anaknya itu. Sulit dipercayai, bukan!

Britney Spears
Bagi penyanyi tersohor ini, berbelanja membantu menghilangkan tekanan perasaan. Jadi, dengan mudahnya dia masuk ke gedung membeli-belah dan memborong semua barang yang disukai. Misalnya tujuh pasang sepatu Gucci sekali gus. Jenama kegemarannya seperti Bebe, Armani Exchange dan Rampage. Adakalanya, dia juga mengunjungi The Gap untuk membeli barang lebih murah. Sebenarnya, Britney tidak kisah mengenai jenama atau tempat membeli-belah, kerana dia lebih teruja menikmati proses berbelanja. Wah…Bestnya!

Victoria Beckham
Isteri bintang bola sepak tersohor, David Beckham ini menghabiskan sekitar $200 ribu tahun hanya untuk memenuhi almari pakaiannya. Walaupun dia seorang pereka fesyen, namun dia tetap membeli hasil pereka lain. Mantan anggota kumpulan Spice Girls suka mengumpul tas tangan (termasuk 30 jenama Birkin), sepatu, topi dan aksesori.

Paris Hilton
Dia tidak akan mengenakan baju yang sama untuk kali kedua. Memang kepantangan Paris! Jadi, bayangkan berapa banyak baju, sepatu, dan aksesori yang ada dalam simpananya. Menurut beberapa sumber, pewaris hotel Hilton ini menghabiskan sekitar 30 jam seminggu untuk berbelanja baju dan aksesori. Kita terpaksa ‘berpantang’ makan untuk berbelanja! Hemmm…

Cameron Diaz
Selepas membeli-belah, aktres jelita ini tidak membuka beg belanjanya selama berminggu-minggu. Malah, beberapa pakaian yang dibeli tidak dipakai sama sekali. Cameron hanya suka membeli-belah sahaja dan berasa perlu menambahkan barang baru di dalam almari pakaiannya.

Celine Dion
Diva terkenal ini selalu memandu Roll-Royce sewaktu keluar membeli-belah kerana mempunyai ruang luas untuk meletakkan semua barang belanjaannya. Sepatu antara barang yang membuat Celine teruja tatkala membeli-belah. Koleksinya sekarang hampir mencapai 3000 pasang. Hemmm…. Ini bermakna, dia berganti sepatu lapan kali sehari. Oh…boleh pinjam sepasang sepatumu, Celine?

Lindsay Lohan
Gadis ini bukan sahaja bermasalah dengan ubat-ubatan terlarang, alkohol dan suka memandu secara berbahaya. Lindsay juga ada tabiat luar biasa. Ya, dia mampu menghabiskan $20 ribu dalam dua minit sahaja ketika membeli-belah. Oh tidak! Minta duit kamu sikit, Lindsay.

Jennifer Lopez
Penyanyi dan pelakon jelita ini sarunglah baju apa-apa sahaj, tetap terserlah seksinya. Bab membeli-belah, pakaian dan sepatu menjadi daya tarik terbesar Jlo. Dia tidak boleh berhenti membelinya kerana beranggapan tabiat itu membantu penampilannya menjadi lebih menarik.

Sarah Jessica Parker
Kemungkinan besar watak yang dilakonkan dalam filem Sex And The City mempengaruhinya menjadi shopaholic. Aktres jelita ini gemar mengumpul sepatu dengan alasan suatu ketika dahulu ibunya tidak mampu membeli dua pasang sepatu setiap tahun. Sekarang dia mempunyai hampir 200 pasang sepatu berharga sekitar $300 hingga $1000. Wow…Sesi balas dendam nampaknya, ye!

Gwen Stefani
Tidak seperti shopaholic lain, penyanyi kumpulan No Doubt ini lebih suka berbelanja barang makanan dan suka memasak. Kabinet dapur rumahnya penuh dengan makanan, begitu juga peti sejuk. Adakalanya berbelanja seperti shopaholic lain dan dia suka beli tas tangan serta sepatu.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply