10 Tip Penting Rancang Perkahwinan

0
kahwin-rancnag

Walaupun perkahwinan adalah majlis bersejarah dalam hidup, jangan memaksa diri untuk memenuhi segala kehendak anda.

MAJLIS perkahwinan yang meriah, lancar dan penuh detik-detik istimewa pastinya menjadi dambaan setiap bakal pengantin.  Justeru, pasti majlis perkahwinan dirancang baik mungkin. Rencana yang matang boleh dianggap sebagai jaminan kelancaran perjalanan hari bersejarah anda. Selain perkara besar, jangan lupakan perkara kecil, antaranya;

  1. Jangan merancang perkahwinan tanpa anggaran. Perkara yang menyebabkan anda tertekan ketika membuat perancangan perkawinan biasanya adalah wang. Jadi, pastikan bajet serta anggaran perkawinan dan siapa yang akan menyumbang jumlah yang diperlukan.
  2. Jangan mengeluarkan lebih banyak daripada anggaran ditetapkan atau dari yang mampu bayar. Majlis perkawinan anda adalah hari penting, tetapi harus diingat ini cuma satu hari. Anda tentu tidak mahu memulakan hidup baru dengan hutang dan terpaksa membayar hutang itu selama lima tahun atau lebih, bukan?
  3. Jangan percaya bulat-bulat pada tawaran dan cadangan penyedia majlis perkawinan (seperti katering, jurugambar atau jurusolek). Buatlah perjanjian atau rencana bertulis.
  4. Jangan cuba lakukan segalanya sendirian, minta bantuan orang lain. Percayalah, hal yang membabitkan perkawinan setiap orang (khususnya keluarga dan teman anda) bersedia membantu. Biarkan mereka (keluarga dan rakan) membantu meringankan beban anda menuju hari bahagia.
  5. Jangan memaksa diri untuk memenuhi segala kehendak anda, sebaliknya bertolak-ansur untuk perkara yang tidak terlalu penting.
  6. Jangan terlalu berjimat untuk gambar perkahwinan anda. Hari perkahwinan anda akan berlalu dengan cepat dan selepas hari berakhir, yang tersisa hanyalah kenangan dan gambar perkahwinan anda.
  7. Jangan terlalu cerewet. Anda mungkin hilang keselesaan dan ketenangan dalam proses merancang perkahwinan. Misalnya, apakah menjadi masalah besar jika reben atau kain penghias meja makan berwarna merah muda atau merah jambu?
  8. Jangan lupa berterima kasih kepada semua orang yang terbabit dalam proses persiapan perkahwinan anda dan semua yang memberi hadiah. Paling penting, jangan sampai ucapan terima kasih anda ‘basi’. Segera kirimkan kepada mereka kad atau nota ucapan terima kasih selepas menerima hadiah.
  9. Jangan membebani diri anda dengan banyak pekerjaan sehari sebelum majlis perkahwinan anda. Lakukan hanya satu atau dua tugas yang ringan dan cubalah untuk santai dan menenangkan diri.
  10. Jangan mengharapkan majlis perkahwinan yang sempurna. Anda boleh mengharapkan hari yang luar biasa dan perkara yang masuk akal. Jangan lupa, tujuan utama anda adalah berkahwin.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply