Saturday, Oct 20, 2018
HomeBerita120,000 Muflis Sejak 2007

120,000 Muflis Sejak 2007

KUALA LUMPUR: Sejumlah 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Advertisements

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata golongan muflis itu meningkat pada setiap tahun sejak 2007 hingga tahun lepas.

Sejumlah 33,570 orang atau 26.54 peratus daripada golongan ini diisytihar muflis dalam tempoh berkenaan kerana masalah sewa beli kenderaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Nancy berkata beliau mensasarkan pengurangan bilangan muflis di negara ini sebagai Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI).

Kerajaan melalui MDI telah mengadakan beberapa program bagi mengawal peningkatan ini dengan memberi pendedahan dan mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan kewangan.- Mstaronline

comments

FOLLOW US ON:
Bekas pegawai tenter
Pesta Songkran Keban

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja