15 Kisah Inspirasi Wanita Hebat Dan Berjaya

0
Ras Adiba Radzi dan Datin Paduka Marina Mahathir turut berkongsi kisah mereka dalam ‘Real Life Stories’.

Ras Adiba Radzi dan Datin Paduka Marina Mahathir turut berkongsi kisah mereka dalam ‘Real Life Stories’.

Setiap wanita mempunyai kisah pahit manis mereka yang tersendiri. Sebagai penghargaan  serta meraikan kejayaan kaum wanita, pada 8 Mac 2017, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) dan majalah Her World memperkenalkan buku testimoni 15 wanita Malaysia yang terdiri daripada orang biasa serta personaliti terkenal seperti Marina Mahathir, Nisha Ayub, Amber Chia, Ras Adiba Radzi dan Ivy Josiah.

Majlis pelancaran buku ini telah dihadiri Sarah Chen, Dynas Mokhtar danSamantha Katie James yang turut berkongsi pengalaman serta kisah kejayaan mereka sebagai tambahan kisah yang ada dalam buku berkenaan.

“Kaum wanita di seluruh dunia memberi sumbangan besar dalam setiap jenis industri, tidak kira jika mereka pekerja ladang kopi atau pemimpin korporat.

Walau apapun status wanita, kami di The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) percaya setiap wanita unik dan berhak mendapat peluang untuk mencapai impiannya. Justeru, kami sentiasa berusaha bagi memastikan para wanita diberi peluang yang adil dan sama rata di setiap peringkat pekerjaan,” kata Naib Presiden The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL), Nadiah Ong Abdullah.

“Sempena Hari Wanita Antarabangsa dan sebagai tanda ulang tahun ke-20 kami di Malaysia, kami berbesar hati untuk menghasilkan buku eksklusif ini dengan kerjasama majalah Her World. Kami memberi sokongan sepenuhnya kepada kaum wanita dan adalah suatu penghormatan buat kami untuk berkongsi kisah wanita hebat ini. Pengalaman berharga yang telah mereka lalui wajar dijadikan inspirasi oleh para wanita di negara ini dan di seluruh dunia,” tambahnya lagi.

Diceritakan daripada perspektif seorang ibu, eksekutif, aktivis dan selebriti, setiap testimoni menceritakan cabaran yang mereka lalui sebelum memperoleh kejayaan. Paling utama, mereka berkongsi bagaimana berjaya menguasai rasa takut dan tidak yakin melalui daya keazaman serta kesungguhan yang tinggi. Kisah yang penuh keterujaan, menarik dan mencuit hati sememangnya meraikan dedikasi dan perjuangan kaum wanita untuk menggapai impian juga mengejar cita-cita mereka.

Salinan buku ini boleh didapati dengan setiap majalah Her World isu Mac dan baca kisah mereka sambil menikmati secawan minuman lazat di The Coffee Bean & Tea Leaf®. Maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi  CB&TL bagi bulan MAC, layari laman FacebookCB&TL di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage atau Instagram CB&TL @coffeebeanMY, atau layari laman web mereka di www.coffeebean.com.my.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply