Tip deko rumah bujang

0

KEBIASAANNYA, dekorasi rumah bujang ala kadar sahaja. Hamparan tikar getah atau sekeping karpet nipis di tengah ruang, di dalam bilik memadai sekadar tilam tanpa katil dengan dinding rumah dibiarkan polos. Manakala di ruang dapur pula, cukup sekadar ada peralatan asas, Ini pemandangan biasa orang bujang yang tinggal menyewa bersama rakan. Mahu ubah pemandangan biasa ini, ikuti beberapa panduan berikut;

living (Gambar hiasan)
  •  Ya, orang bujang tidak memerlukan perabot yang besar dan banyak, malah dari segi rekaannya juga lebih ringkas tetapi moden. Jadi, beri penekanan pada kuantiti kegunaan ketika menata hias rumah bujang. Misalnya, memadai dengan sofa dua atau tiga tempat duduk di ruang tamu.
  • Bagi rumah bujang, sebaiknya ada satu almari untuk menyimpan barang. Mungkin daripada jenis almari sudut ataupun shelve. Jadi, dengan adanya tempat penyimpanan, barang lebih lebih tersusun dan kemas.
  • Warna amat subjektif dalam pemilihan untuk dekorasi kediaman, namun anda masih boleh mengaplikasikan warna kegemaran pada ruang tertentu di dalam rumah. Cuma, janganlah terlalu banyak gabungan warna kerana keluasan rumah bujang biasanya terhad. Warna selamat antaranya putih, kuning telur dan warna asas bumi.
  • Selalunya, langsir rumah bujang lebih sesuai dengan pilihan polos. Bagi kegunaan ruang yang sempit,  pilih langsir lebih terang sementara untuk ruang yang agak besar boleh gunakan langsir sedikit gelap.
  • Biasanya ruang dapur jarang diberi perhatian, jadi memadai pilhan kabinet dapur kecil dan ringkas terutamanya daripada jenis compartment. Kabinet jenis ini sesuai kerana boleh dibuka jika berpindah kelak.
  • Jangan lupa beri perhatian pada bilik air, pastikan sentiasa bersih dan tidak berlendir dengan sisa sabun mati. – Teks: Azni Lee Abdullah
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply