19 kenderaan musnah kebakaran di PPR Intai Baiduri

0
Polis sedang menyiasat sama ada kejadian mempunyai kaitan unsur khianat. Gambar: myMetro

Polis sedang menyiasat sama ada kejadian mempunyai kaitan unsur khianat.

Kuala Lumpur: Lapan belas motosikal dan sebuah kereta musnah dalam kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang Pegawai Bomba Kanan II Isharudin Ismail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

“Sepasukan 16 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Jinjang, Sentul dan Jalan Hang Tuah dikerah memadam kebakaran itu.

“Sejurus tiba, kita mendapati api marak memusnahkan sebahagian daripada kenderaan itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.03 pagi,” katanya yang mengetuai operasi itu.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya bersama polis sedang menyiasat sama ada kejadian mempunyai kaitan unsur khianat.- myMetro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply