Hanis Zalikha duta Safi Balqis

0

SESUAI  personalitinya yang cantik, peramah, periang dan bijak. Pemilihan Hanis Zalikha sebagai duta terbaru Safi Balqis dilihat tepat dan serasi.

Menurut Pengurus Kumpulan Produk Wipro Unza (Malaysia) Mahsuri Sulaiman, pemilihan Hanis Zalikha kerana sasaran pasaran produk ini tertumpu pada lingkungan generasi seangkatannya.

“Kami tetapkan kriteria yang tinggi terhadap pemilihan duta yang bakal membawa Safi ke peringkat teratas. Hanis Zalikha dilihat calon terbaik berdasarkan kepada karisma yang ada pada dirinya. Selain kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon, pengurusannya tertarik dengan penulisan Hanis di blog dan bijak berkomunikasi,” kata Mahsuri mengenai pemilihan duta generasi kelima Safi Balqis.

hanis

Bagi  selebriti 24 tahun ini, Hanis Zalikha sangat bersyukur dan dangan gembira dengan pemilihan sebagai duta produk itu.

“Saya terima tawaran menjadi duta Safi Balqis kerana saya memang pengguna produk ini dan tahu produk selamat digunakan sesuai usia saya. Produk ini dipercayai ramai dan saya sendiri yakin dengan keberkesanannya,” kata Hanis Zalikha ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Safi Balqis Trilogy White di Hotel Empire, Subang, Rabu lalu.

Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai duta produk, Hanis mengakui penjagaan kecantikan perlu dititikberatkan memandangkan ini produk kecantikan.

hanis2
Hanis Zalikha, duta Safi Balqis generasi kelima

“Sebagai duta,  saya membawa imej produk, jadi kena sentiasa jaga kecantikan. Saya memang menitikberatkan soal kecantikan, jadi tiasa masalah dan saya sentiasa menggunakan produk ini untuk rutin penjagaan kecantikan,” katanya.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply