2 pelajar sekolah dirogol 38 lelaki

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

KOTA BHARU: Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dua pelajar tingkatan tiga dirogol mendakwa dirogol bergilir-gilir 38 lelaki tidak dikenali dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian yang didakwa berlaku kira-kira jam 7.30 malam, 20 mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.

Kedua-dua mangsa sebelum itu keluar bersama dua lagi rakan. Mereka kemudian pergi ke sebuah rumah tidak berpenghuni dan di situ kedua-dua mangsa dikatakan telah ditampar dan dirogol sekumpulan lelaki.

Mangsa hanya sedar keesokan harinya dan mengalami kesakitan berterusan pada bahagian sulitnya.Rakan lelaki mangsa yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan kepada mangsa, seramai 38 lelaki melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa yang takut kejadian tersebut diketahui ibu bapanya tidak terus pulang ke rumah sebaliknya tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei dan hanya pulang ke rumah pada 25 Mei. Mangsa  dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan didapati alat sulitnya masih berdarah. Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis .

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply