Spageti Goreng Seafood

0

Bahan-bahan
½ bungkus spageti saiz kecil, direbus mengikut arahan bungkusan
Minyak zaitun secukupnya
3-4 ulas bawang putih, dicencang
4 ekor sotong, dibuang kulit dan dihiris serong
5 ekor udang, dibuang kulit
6 biji cendawan butang, dihiris
Sedikit mixed herbs
Sedikit chili flakes
2 biji tomato, dibelah enam
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air, jika perlu

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan sotong dan udang, goring sehingga setengah masak.
3. Bubuh hirisan cendawan butang, gaul rata.
4. Masukkan spageti, mixed herbs dan chili flakes. Gaul sehingga sebati (boleh bubuh sedikit air jika perlu).
5. Akhir sekali, masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasie-magazine atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply