Wednesday, Sep 19, 2018
HomeSelebritiDynas Mokhtar Bahagia Jadi Ibu

Dynas Mokhtar Bahagia Jadi Ibu

Bagi pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, atau lebih dikenali Dynas, 31, menjadi ibu dan melihat anak membesar di depan mata adalah saat paling bermakna dalam hidupnya.

Advertisements

Pelakon dan pengacara tinggi lampai ini mendirikan rumah tangga bersama, Mohd Hafizy Hafiz, 42, pada 15 Mac 2008 dan dikurniai dua cahaya mata comel iaitu Khyra Khalisa, 5, dan Mohamad Haqaish dua tahun.

“Saya kira, semua wanita yang menjadi ibu mempunyai perasaan sama. Anak satu anugerah yang sangat berharga dan perlu dijaga sebaik mungkin. Saya bersyukur dapat melihat Khyra dan Qaish membesar depan mata, memantau setiap perkembangan mereka dan merakam detik berharga buat kenangan bersama. Saya bahagia menjadi seorang ibu dan bersyukur mempunyai anak yang membesar dengan sempurna,” kata Dynas ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru, walaupun sibuk mengurus kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakannya, Dynas tetap mengutamakan anak dalam apa-apa juga keadaan.

“Jadi jangan pelik kalau ada yang selalu nampak saya berkepit dengan anak. Misalnya ke acara ini, saya bawa anak bersama. Saya juga seronok apabila dapat berkongsi tip membesarkan anak dengan sesiapa saja yang bertanya dan sampai sekarang saya masih belajar untuk menjadi ibu yang baik.”

Gosip mengarut

Sementara itu, ketika ditanya mengenai memberitahu kisah rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak. Dynas tersenyum dan tenang menjawab gosip yang hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Maaf ya, fasal gosip itu saya tiada apa yang perlu dikatakan. Alhamdulillah, kehidupan kami macam biasa. Hal rumah tangga kami, biarlah diselesaikan di rumah dan tak perlulah dihebahkan kepada masyarakat. Ini hal peribadi, biar kami saja simpan bersama,” ujarya ringkas ketika ditemui di majlis sidang media Johnson’s Baby of the Year 2014 sekali gus memperkenalkannya sebagai duta baru produk Johnson’s Baby Malaysia.

Tambahnya, khabar angin yang disebarkan itu disifatkan sebagai mengarut dan sebagai seorang artis, gosip memang perkara biasa yang perlu dihadapi.

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
Pesona gaya si hi
Misi & perjuangan Sp

inspirasimagazine@gmail.com

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja