7 Ketakutan Ini Akan Membantutkan Kepuasan Seks Wanita

0

Wanita juga seperti lelaki. Kadangkala berasa gugup dan kekok ketika melakukan hubungan seks. Puncanya, takut tidak mampu memuaskan pasangan. (Gambar sekadar hiasan – someecards)

“SUDAH tiga tahun kami berkahwin, tetapi setiap kali suami ajak saya bersama, tiba-tiba saja saya rasa takut. Macam-macam saya fikirkan. Keadaan ini buat saya tidak selesa dan serba salah apabila dia menunjukkan isyarat mahu melakukan hubungan kelamin,” luah Ruhila* (35) mengenai kebimbangannya mengenai hubungan seks dengan pasangan.

Jangan berasa pelik, ya. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Memang ada situasi dimana pasangan suami isteri (khususnya wanita) menghadapi masalah sama seperti Ruhila. Ada pelbagai jenis kebimbangan dan ketakutan yang dialami hingga mengganggu mereka menikmati kepuasan dan keselesaan maksima setiap kali melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Berikut ini beberapa jenis ketakutan yang sering mengganggu emosi wanita apabila mahu bersama pasangannya.

1. Malu
Mematikan lampu menjadi cara biasa bagi segelintir wanita. Tujuannya untuk menyembunyikan bentuk tubuh mereka di hadapan pasangan. Menurut penulis buku ‘Because It Feels Good: A Woman’s Guide to Sexual Pleasure and Satisfaction’, Debby Herbenick,  lelaki lebih suka suasana terang kerana mahu melihat dan menikmati tubuh pasangannya.

Jika tidak biasa bersama pasangan dalam keadaan bilik terang, sama ada kerana malu atau tidak yakin, boleh cuba pencahayaan redup (sedikit malap). Misalnya, guna lilin atau lampu tidur. Pada masa sama, belajar tingkatkan keyakinan dengan menghargai tubuh anda.

2. Berbau
Ramai wanita bimbang dan takut pasangannya terhidu bau tidak menyenangkan daripada tubuhnya, mungkin bau ketiak atau alat kelamin. Kebimbangan ini membuat anda berasa tidak selesa apabila bersama.

Bagaimana mengatasinya? Buang jauh-jauh kebimbangan itu kerana tubuh yang sihat dan bersih sekalipun boleh mengeluarkan bau. Sebenarnya, bau semula jadi tubuh mengandungi hormon yang boleh memancing ghairah pasangan.

Beberapa kajian mendapati, rata-rata wanita kentut 14 kali sehari. Ini memang hal biasa, tetapi bagaimana jika terjadi ketika melakukan hubungan seks? (Gambar sekadar hiasan)

3. Terkentut
Beberapa kajian mendapati, rata-rata wanita kentut 14 kali sehari. Ini memang hal biasa, tetapi bagaimana jika terjadi ketika melakukan hubungan seks?

Bertenang, anda tidak perlu berasa takut atau rendah diri. Jangan malu apabila secara tiba-tiba anda terkentut ketika bersama pasangan.

Gunakan ‘kejadian’ itu sebagai bahan gurauan agar anda tidak berasa canggung dan boleh ketawa bersama.

4. Kekok
Wanita juga seperti lelaki. Kadangkala berasa gugup dan kekok ketika melakukan hubungan seks. Puncanya, takut tidak mampu memuaskan pasangan.

Cara menyelesaikan masalah ini, anda perlu mengawal emosi dan fikiran agar ketakutan itu tidak mempengaruhi kegiatan seks anda.

Singkirkan perasaan itu dengan cara berkongsi keinginan bersama pasangan serta cara mencapai kepuasan bersama. Ini sekali gus membantu anda memahami keinginan pasangan dan  menikmati kepuasan seks sebenar.

5. Sejarah lama
Setiap orang ada sejarah hidup. Misalnya, pasangan pernah putus cinta atau bercerai. Apabila pasangan memilih anda sebagai teman hidupnya, nikmati momen itu sebaik mungkin. Fokus pada kehidupan anda bersamanya, bukan masa silam. Cara ini membantu anda menikmati kebahagiaan zahir dan batin.

6. Tidak puas
Kadangkala, wanita terlalu takut tidak mencapai kepuasan ketika melakukan hubungan seks. Cara mengatasinya, nikmati sepenuhnya setiap sentuhan dan rangsangan yang diberikan pasangan. Usah ragu-wagu untuk membalasnya. Biarkan proses itu berlaku secara semula jadi tanpa dibebani ‘sasaran’ untuk (harus) mencapai puncak kepuasan.

7. Terpaksa
Ada tiga kebimbangan yang sering dialami wanita berkaitan oral seks,  tidak tahu bagaimana melakukannya dengan baik hingga berjaya memuaskan pasangan, tidak tahu bagaimana menikmatinya serta bimbang soal kebersihan dan bau alat sulit.

Buanglah perasaan itu dengan belajar melakukannya (secara bertahap). Jika anda masih berasa tidak selesa, berterus-terang dengan pasangan. Pasangan yang baik akan lebih menghargai kejujuran anda daripada memaksa diri dan tidak menikmatinya. Berbincang dengan pasangan amat penting supaya dia tahu masalah dan kebimbangan anda. Memendam perasaan hanya memburukkan keadaan dan merugikan diri sendiri.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply