Tuesday, Jan 23, 2018
HomeKeluarga8 Rahsia Hangatkan Kembali Asmaramu

8 Rahsia Hangatkan Kembali Asmaramu

KEHIDUPAN seksual anda dan pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang membangkitkan ghairah anda mahupun pasangan?

Ya, tidak dinafikan seiring waktu dan peningkatan usia, ramai pasangan suami isteri bingung apabila hubungan seksual mereka tidak lagi seghairah tahun pertama hidup bersama.

Bayangkan 10 tahun melayari bahtera rumah tangga dan hanya setia pada gaya hubungan seks sama. Mampukah hubungan intim itu kekal hangat?

Inilah masanya menghangatkan kembali kehidupan seksual anda dan pasangan. Beberapa perkara berikut ini mungkin boleh membantu anda membuat pasangan tercengang dengan kejutan yang tidak dijangka.

1. Hidupkan fantasi seks
Lakukan pembaharuan pada gaya hubungan seksual, agar momentumnya tidak terhenti dan terus pudar. Realisasikan fantasi seks anda agar hubungan intim menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

2. Kerjasama
Bersikap terbuka dan beri kerjasama sebaik mungkin apabila pasangan mencadangkan gaya yang berlainan. Jangan terus membantah, terima dan cuba melakukannya. Belum cuba belum tahu, buka minda dan beri peluang untuk mencuba gaya baru. Siapa tahu, cadangan itu dapat menghangatkan kembali ranjang yang dingin dan beku?

unhappy3. Kejutan
Memberi kucupan pada waktu yang tidak dijangka, antara perlakuan spontan yang menambah warna pada hubungan seksual.

Cara ini ibarat kejutan kepada pasangan sekali gus memberi keseronokan dalam hubungan yang mulai suram, namun, sebelum melakukan sebarang kejutan pastikan anda tahu apa yang disukai dan tidak disukai pasangan.

4. Keutamaan
Beri keutamaan kepada diri sendiri sebelum memikirkan apa yang menyeronokan pasangan. Jangan lakukan sesuatu yang tidak menggembirakan anda semata-mata untuk kepuasan pasangan atau bersikap mementingkan diri sendiri. Hubungan seksual harus dinikmati bersama, jika tidak hubungan intim menjadi hambar.

5. Berpura-pura
Jangan berpura-pura puas atau menyukai apa yang pasangan lakukan. Beritahu atau dorong pasangan untuk melakukan gaya seks yang memberi kepuasan kepada anda. Anda juga jangan malu bertanya apa yang pasangan mahu anda lakukan agar kepuasan hubungan intim dapat dinikmati bersama.

Jangan terus membantah, terima dan cuba melakukannya. (Gambar sekadar hiasan)

Jangan terus membantah, terima dan cuba melakukannya. (Gambar sekadar hiasan)

6. Pernafasan
Pastikan anda bernafas dengan betul ketika bersama. Penafasan yang baik bukan sahaja membuat anda dan pasangan selesa, malah waktu bersama juga lebih lama.

7. Komunikasi
Tanpa hubungan komunikasi yang baik, sukar bagi anda mahupun pasangan bersikap terbuka dan memberi ruang berkomunikasi termasuk mengenai hubungan seks.

Bincangkan gaya yang anda dan pasangan mahu cuba, cara ini membantu kalian bersikap terbuka sekali gus memberi kesan positif pada kelangsungan hubungan seksual anda juga pasangan.

8. Sempurna
Perhatian kepada anak atau urusan rumah tangga adakala mengganggu tumpuan pada hubungan seks. Jadi, pilih waktu dan tempat sesuai untuk menikmati hubungan seksual berkualiti dan sempurna.

Ingat, hubungan seks bukanlah faktor utama kebahagiaan rumah tangga tetapi ia penting untuk menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Apabila hubungan anda dan pasangan harmoni, rumah tangga juga turut bahagia.

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
5 Tip Kenal Pasti Ad
Lima Penyelesaian Pa

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja