Abby Abadi dapat cerai SMS

0

Detik bahagia Abby dan Farhan.

AKHIRNYA spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby telah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu. Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka telah berlaku menerusi mesej sistem pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini untuk mengesahkan lafaz itu.

Konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.

 

* Sumber: myMetro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply