Adam, Fiza nafi rumah tangga bergolak

0

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30, dan Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim (Fiza), 32, menafikan rumah tangga yang dibina September lalu kini bergolak.

Adam dan Fiza yang dihubungi hari ini kecewa apabila mahligai mereka tidak putus-putus dikatakan goyah.

“Kami masih bergelar suami-isteri dan tetap tinggal sebumbung. Bagaimanapun, lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Namun begitu, janganlah membuat sebarang spekulasi bukan-bukan, sebaliknya doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami berdua,” kata Adam.

Khabar angin pergolakan pasangan ini timbul setelah gambar penyanyi dan pelakon lelaki itu tidak lagi kelihatan di akaun Instagram milik isterinya.

fizaelite

 

 

 

 

 

 

 

Menjawab perkara itu, Fiza berkata, ia tidak seharusnya dijadikan isu hanya disebabkan gambar Adam tiada di laman sosialnya.

“Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan.
“Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya,” tegas bekas anggota kumpulan Elite ini.-Berita Harian

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply