Aidil Zafuan kini suami Zaremah Zainal

0

KAPTEN Harimau Malaya Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, sah bergelar suami kepada Zaremah Zainal, 28, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan, di sini, hari ini.

Pasangan berkenaan dinikahkan pada jam 10.50 pagi oleh abang pengantin perempuan, Datuk Zulhisham, dengan disaksikan Jurunikah dari Masjid Al-Falah, Kampung Idaman, Pandamaran, Ustaz Musa Hussain.

2014-03-14 17.41.49

2014-03-14 17.41.59 (Gambar: Instagram Nora Danish)

Zaremah menerima wang hantaran berbentuk cek bernilai RM17,000 dan mas kahwin sebanyak RM7,000. Aidil turut menyerahkan sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalasnya dengan 11 dulang.

Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya, pemain bola sepak kebangsaan itu berkata Zaremah begitu memahami kerjayanya dan pandai berdikari sekali gus membuat hatinya terpikat untuk dijadikan sebagai isteri.

Sebelum itu, pasangan itu sempat mengikat tali pertunangan pada jam 10.15 pagi.

Majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, esok dan majlis pihak lelaki pula akan berlangsung pada 30 Mac ini.

Aidil sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rita Rudaini Mokhtar pada 28 Februari 2008 di Thailand dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5 dan Airit Qaqa Arjuna, 2. –Berita Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply