Aishwarya Rai kembali langsing & memukau

0

MELENGGANG aggun di atas karpet merah Festival Filem Cannes ke-67,  Aishwarya Rai tampil memukau dengan gaun rona emas potongan ala ikan duyung yang membaluti tubuhnya yang semakin langsing. berjaya menjadi pusat perhatian ramai.

Penampilan isteri aktor Abishek Bachan kali ini sangat berbeza dari tahun sebelumnya yang mendapat sindiran dan menjadi buah mulut gara-gara gemuk selepas melahirkan anak sulongnya.

Bagaikan ‘pentas pembalasan, bekas Miss World itu berjaya membuktikan dia bukan lagi ‘Miss Fat‘. Dia bergaya penuh keyakinan.  Tanpa lemak di tubuh  dan pinggangnya yang ramping sengaja ditayangkan kepada khalayak.

Pilihan gaun indah yang mendakap erat tubuh tinggi lampai bintang Bollywood tersohor itu cukup menyerlahkan lekuk tubunya, tanpa meninggalkan kesan elegan. Good job, Aish!

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply