“Aku dan dia, serasi…”

1

LUMRAH, pada awal perkahwinan semuanya indah belaka. Sayangnya, selepas beberapa tahun hidup bersama, mulalah mempersoalkan kekurangan pasangan. Padahal, perkahwinan bermakna anda telah bersedia mengharungi susah payah bersama. Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda menerima pasangan seadanya.

  • Suami adalah dia ketua keluarga, manakala isteri sebagai pembantunya . Sikap angkuh, sombong dan mementingkan diri sendiri boleh menimbulkan ketegangan serta persengketaan dalam rumah tangga. Jadi, menghormati tanggungjawab masing-masing agar rumah tangga sentiasa harmoni.
  • Suami harus tahu tanggungjawabnya kepada keluarga dan jangan sekali-kali mengabaikannya.
  • Benar, pertengkaran dalam rumahtangga memang perkara biasa, namun elakkan daripada menggunakan kata-kata yang boleh mengguris hati, mengancam atau menggugat perasaan pasangan. Luahkan perasaan dan berbincang dalam keadaan tenang. Jangan bersikap saling mencabar atau ego kerana ini boleh menggugat kedamaian ruamhtangga.
  • Jika berlaku pertengkaran, jangan sekali-kali mengungkit kekurangan pasangan. Bersabar dan saling bertolak ansur boleh meredakan keadaan. Selain saling melengkapi kekurangan masing-masing dan sentiasa ingat, tanggungjawab dalam rumahtangga harus dikongsi bersama.
  • Rumah tangga bahagia memerlukan kerjasama, kasih sayang, pengorbanan dan saling memahami. Usaha ini harus berterusan agar cinta dan kasih sayang tidak kecundang di tengah jalan.
  • Anda telah memilih dia sebagai pasangan hidup, jadi berusahalah menjaga cinta dan kasih sayang agar sentiasa segar dalam diri masing-masing. Terima kekurangan pasangan sebagai ‘kelebihan’ dan bersikap terbuka untuk memperbaiki diri demi kebahagiaan bersama. – Teks: Azni Lee Abdullah
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

1 Comment

  1. stamina pria on

    Wow.. Nice Post. Saran dan Info dari kami, Jika ada Pria yang selalu kalah dan kurang kuat diranjang, menderita impotensi, lemah syahwat, dan ejakulasi dini. Mengatasi semua keluhan Pria dan kekurangannya denga segera mengkonsumsi obat kesehatan.

Leave A Reply