Alahai Abby & farhan…

0
Masih ada isu berbangkit antara Abby - Farhan.

Masih ada isu berbangkit antara Abby – Farhan.

HURMMM…Apabila ‘putus sudah kasih sayang’, macam-macam benda disebut dan diungkit ye. Miss Pink ni bukanlah nak memandai atau masuk campur hal peribadi orang lain, cuma sebagai rasa macam tak moleknya tengok cara bekas pasangan suami isteri ni menyelesaikan masalah yang masih berbangkit antara mereka.

Walaupun antara mereka, tiada lagi sebarang ikatan rasmi namun masih berlaku perbalahan. Tindakan Abby Abadi dan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, dilihat seperi seperti ‘anjing dan kucing’. kedua-duanya tidak mahu mengalah dan saling bercakaran. Lebih memburukkan keadaan, laman sosial menjadi ‘medan perang’ mereka.

Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam hak milik kereta dan wang.

Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik lelaki itu.

Kemudiannya, Muhammad Noor Farhan pula mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya, namun ditolak wanita itu.

Kata Farhan, Abby enggan menerima wang sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.

Ok itu satu masalah, timbul pula masalah lain apabila kedua-duanya macam saling ‘menjawab’ walaupun di ruang berbeza. Farhan dikatakan mengutuk bekas isterinya itu di facebook, Abby pula membidas tindakan bekas suaminya itu menerusi Instagram miliknya.

Abby menerusi akaun Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa gambar screenshot yang menjawab pendedahan Farhan di facebook sebelum ini.

abbyKapsyen yang ditulis Abby:
“Ini antara print screen yg kawan sekolah Farhan hantar pd Sy ttg respon Farhan bila Sy siarkan di media ttg ‘hal2 yg bertangguh’ tu…. Mmg betullah tu akaun dia.. tp Sy taktahu sbb Sy dah tak ber Fb pun skrg… hanya di page & disini saja…

Sy dah ajak selesaikan cara baik… tp dia mmg lepas tangan mcm tu jer.. Bila media siarkan baru nk beri respon.. itupun bukan nak selesaikan. Burukkan Sy pula.

Mmg tiada ilmu langsung tentang tanggungjawab. Minta tengok cermin selalu ye Farhan & kawan2nya… Sy cuma minta hak Sy….. Sebelum nk keluarkan apa2 kenyataan, fikir dulu…. Kalau mampu nk jawab depan ALLAH nnti, teruskan.”

farhanBekas anggota kumpulan Elite itu juga turut memuat naik screenshot komen Farhan yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dirinya.

“Ini lagi antara perbualan Farhan & kawan2 dia… Ada yg cakap Sy siarkan sebab nk malukan dia? Sy malukan dia ke atau dia yg cuba nk menjatuhkan maruah Sy sebelum ni?

Cuba baca tengok dia panggil Sy apa……. Nak lawan meh dtg jumpa lahhh.. sembang dalam FB dgn kawan2 je mcmana nk selesainya…..

Sejujurnya, Sy tak pernah dera dia.. tak pernah. Anak3 Sy pun Sy tak pernah dera… Nak dera dia utk apa? Pelik2 je statement Farhan ni tp ada je yg back up…..

Alahai….. Sekali lagi ulang: Sy disini utk jelaskan keadaan…… Sy nkkan hak Sy. Kalau ada jalan utk dptkan bgtahu ye….. Terima Kasih. Yg sudah tu sudah, yg berlalu biar berlalu ye Farhan ye…

Hal rumahtangga Sy takde cerita pun.. Tiada siapa pun tahu apa punca keadaan ni… main2 agak2 sendiri je.. Sekarang Sy cuma nkkan hak Sy…

SILA YE SELESAIKAN SECEPAT MUNGKIN. Diammmm buat bodoh je… Bila siarkan di media, respon pun tunjuk kebodohan juga baik cal/msg Sy terus. Apapun Sy maafkan utk segala tuduhan sebelum ini & tulisan ini.”

Hai…Apa-apa pun, Miss Pink harap, hal berbangkit antara Abby dan Farhan segera diselesaikan, Tak eloklahkan dok kutuk sana…bidas sini. Cari jalan untuk selesaikan baik-baik, paling penting jangan layan sangat rasa ego dalam diri.  Kedua-duanya pernah hidup bersama, saling menyayangi dan berkongsi banyak perkara baik bersama. Jadi, ambil pendekatan positif dan matang untuk selesaikan masalah kalian. (Sumber: Instagram Abby Abadi)

Miss Pink: Banyak buruknya kalau dedah hal keluarga di laman sosial.

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply