Album Baru Anuar Zain September ini

Setelah lama tidak keluarkan album baharu, penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain akan mengeluarkan album baru pada September ini.
Advertisements
Berkonsepkan pop, pastinya peminat teruja menanti single terbaharu kesayangan ramai ini. Khabarnya, terdapat sedikit perbezaan daripada susunan lagu dalam album ini.
Tidak dinafikan, pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain, 46, ini memang tidak bertolak ansur dalam soal kualiti. Setiap yang dilakukan melalui proses yang amat teliti. Jadi, sama-sama kita nantikan album terbaharu Anuar September ini.