Aliff Omar Ali pilih doktor gigi

0
Aliff Omar bersama Sharifah Nur Athirah di majlis resepsi mereka hari ini. (Kredit foto: BH Online)

Aliff Omar bersama Sharifah Nur Athirah di majlis resepsi mereka hari ini. (Kredit foto: BH Online)

HANYA dengan sekali lafaz, Aliff Omar Ali, 32, anak tunggal Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Sharifah Nur Athirah Datuk Syed Azmi, 28, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), kira-kira jam 11.20 pagi Jumaat (semalam, 3 Oktober 2014).

Pasangan ini dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Datuk Syed Azmi Tan Sri Syed Othman dengan mas kahwin RM300 dan hantaran belanja RM11,000. Aliff menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Hanya anggota keluarga kedua-dua pihak sahaja yang terdekat hadir termasuk ayah Aliff, Ali Bakar.

Terdahulu, pasangan ini bertunang di Shah Alam pada 23 Ogos 2014 dan hubungan mereka turut direstui arwah Sharifah Aini.  Aliff bagaimanapun sejak awal lagi memohon agar perkahwinannya itu tidak disensasikan dan lebih selesa memilih cara kesederhanaan.

Pasangan pengantin baru ini turut mengadakan majlis persandingan  pada ini (Sabtu, 4 Oktober 2014), bagaimanapun enggan mendapat liputan daripada pihak media kerana menyifatkan perkahwinannya itu terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum Aliff bakal menamatkan pelajarannya dalam bidang Pengajian Islam di kota Madinah, sementara Athirah seorang doktor gigi di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply