Ally Iskandar sambut kelahiran anak sulung

0
Bayi perempuan itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada jam 12 tengah malam.

Bayi perempuan itu dilahirkan secara normal di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada jam 12 tengah malam.

PENGACARA Malaysia Hari Ini, Ally Iskandar teruja menyambut kelahiran anak sulungnya, malam tadi. Ally, 38, berkata, bayi perempuan hasil perkahwinannya dengan Nurfarahin Romli atau Farah Lee itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 9.09 malam tadi di sebuah hospital swasta di Shah Alam, dekat sini.

“Alhamdulillah, kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini,” katanya.

Katanya, kehadiran anak itu juga akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan kerana isterinya melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

“Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini,” katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. – Sumber: myMetro

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply