Monday, Jan 22, 2018
HomeBeritaAmah terlepas tali gantung

Amah terlepas tali gantung

KOTA BAHRU: Seorang amah warga Indonesia, Wilfrida Soik yang didakwa membunuh majikannya pada Disember 2010, terlepas hukuman gantung selepas didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas alasan kurang siuman.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan menyatakan tertuduh berada dalam keadaan kurang waras ketika kejadian itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh warga emas, Yeap Seok Pen, 60, di sebuah rumah Kampung Chabang Empat Tok Uban, Pasir Mas antara jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010.

Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh pula diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Tania Scivetti dan Raftfizi Zainal Abidin. – Harian Metro

FOLLOW US ON:
Kedah dilanda musim
Singapura sedia hulu

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT