Amy Search masuk IJN kerana minuman ‘3 in 1’

0
amy

“Jantung berdegup kencang hingga membuat saya rasa sangat tak selesa dan takut.”

LAGENDA rock terkenal, Amy Search mendedahkan, dia pernah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) gara-gara minuman 3 in 1. Menurut Amy, suatu ketika dia gemar dan kerap mengambil minuman segera itu hingga tanpa disedari telah memudaratkan kesihatannya.

“Jantung berdegup kencang hingga membuat saya rasa sangat tak selesa dan takut. Jadi, saya terus ke IJN sebab bimbang kalau ada masalah pada jantung. Apabila doktor check, katanya saya tiada penyakit jantung. Memang lega, tetapi saya pelik kenapa jantung berdegup lain macam.

Doktor tanya jenis makanan dan minuman yang saya selalu ambil, saya diberitahu kesannya daripada minuman 3 in 1. Demi kesihatan, sejak itu saya memang tak ambil sebarang jenis minuman 3 in 1. Mungkin minuman segera seperti itu tak sesuai dengan badan saya, jadi lebih baik mengelak daripada berlaku masalah sama ,” kata Amy ketika ditemui pada majlis pelancaran “Vanquish”, (mesin pemecah lemak tanpa rasa sakit pertama di dunia), semalam, di KO Skin Centre, Klang.

Tambahnya, bagi memastikan kesihatan tubuh sentiasa baik, dia dan keluarga mengamalkan makanan yang sihat seperti pengambilan jus delima dan buah zaitun.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply