Anmum™ Materna Beri Sokongan Kepada Bakal Bapa

0

Anmum Materna Memo Mr Papa Microsite_CalendarKepentingan peranan bakal bapa sepanjang tempoh kehamilan isteri memang tidak dapat dinafikan.

Sepanjang tempoh itu, suami diharapkan dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada isteri.

Bagaimanapun, kebanyakan lelaki lazimnya tidak mengetahui bagaimana untuk membantu isteri yang sedang mengalami perubahan emosi dan fizikal ketika melalui fasa penting menjadi seorang ibu.

Adakalanya, hanya dengan kata-kata atau perbuatan yang bermakna daripada suami mampu membuatkan bakal ibu yang lesu dan kepenatan kembali ceria dan bersemangat. Sebagai jenama yang menyokong ibu dan bakal ibu, Anmum™ Materna menerusi kempen terbaharunya ingin memberi galakan sepenuhnya kepada bakal bapa untuk terus menjadi sumber kekuatan bakal ibu. Sebagai sumber kekuatan utama, bakal bapa akan diberi panduan supaya dapat terus memberi sokongan kepada isteri mereka sepanjang tempoh hamil dari segi emosi dan nutrisi.

Kempen ini direkakhas untuk berkongsi panduan dengan golongan bapa agar lebih memahami cabaran yang dialami isteri mereka sepanjang tempoh kehamilan. Melalui tips dan maklumat yang diberikan, bakal bapa akan lebih bersedia untuk memberi sokongan sepenuhnya dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri.

Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia, Jose Miguel Porraz berkata, Anmum™ Materna memberi dedikasi sepenuhnya dalam menyokong ibu dan bakal ibu sepanjang proses kehamilan yang menakjubkan dengan menyokong sumber kekuatan utama mereka, iaitu bapa. Kempen ini bertujuan membantu golongan bapa memainkan peranan lebih aktif sewaktu kandungan isteri semakin membesar. Pada masa sama, panduan ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan bakal ibu bapa dalam menjalani proses kehamilan.

Shukri Yahaya & Tya AdnanKempen ini dimulai dengan video menyentuh hati yang menampilkan kisah sebenar pasangan selebriti Shukri Yahya dan Tya Adnan sepanjang kehamilan kandungan pertama mereka. Kisah penuh emosi ini memaparkan kisah suka duka mereka sepanjang proses kehamilan, bermula dengan detik menggembirakan tatkala mengetahui yang mereka dikurniakan zuriat. Penonton dapat menyaksikan perbezaan perspektif antara bakal ibu dan bakal bapa dalam kisah ini.

Shukri turut berkongsi debaran dan kerisauannya apabila dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang bapa. Namun, ini tidak menghalangnya untuk terus menyokong Tya dalam menghadapi perubahan dari segi mental dan fizikal ketika mengandung. Pada penghujung setiap video, penonton akan dijemput untuk mendaftar untuk Memo Mr Papadi mana para bapa boleh mendapatkan maklumat tentang perkembangan kandungan isteri mereka dan tip untuk memberi sokongan dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri tercinta sepanjang kehamilan.

Melalui sumber yang sangat berguna ini, bakal ibu dan bapa akan menerima notifikasi emel harian dan tip berkaitan emosi dan nutrisi serta maklumat terkini kempen berdasarkan perkembangan kandungan setiap individu. Contohnya, tip nutrisi memberikan panduan tentang kepentingan nutrien berbeza semasa kehamilan. Ini termasuklah saranan yang boleh diamalkan bakal bapa untuk memberi sokongan emosi kepada isteri apabila mereka mengalami mabuk hamil dan sebagainya.

Bagi meraikan perjalanan bakal ibu dan bapa ini, 100 pasangan pertama yang mendaftar akan menerima sejambak bunga percuma yang digubah khas  Le Tresor Flower. Sepanjang kempen ini,  pasangan bakal ibu  bapa turut berpeluang memenangi hadiah yang mengalakkan pengambilan diet seimbang dengan menerima penghantaran hidangan tengah hari yang lazat dan berkhasiat selama seminggu daripada Food Matters, sesi fotografi  materniti  bagi mengabadikan detik  indah kehamilan daripada Bebe Photography dan peluang untuk beristirehat dengan pakej percutian “Babymoon”.
Anmum Materna (Plain)Kepentingan sokongan emosi  memang penting sepanjang kehamilan, namun keperluan nutrisi ibu mengandung juga perlu dititikberatkan untuk ibu dan tumbesaran kandungan yang sihat. Ketika hamil keperluan sesetengah makronutrien dan mikronutrien seperti protein, folat dan zat besi akan meningkat sebanyak 50%**. Ia mungkin mencabar untuk ibu hamil untuk mencapai keperlukan nutrien ini menerusi diet biasa.

Susu formula rendah lemak Anmum™ Materna membantu menyokong keperluan nutrien tambahan untuk ibu hamil dan perkembangan janin dalamaspek-aspek penting seperti penghasilan sel darah merah, penghasilan tenaga, pembentukan tulang dan gigi yang kuats erta mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
**Berdasarkan USDRI

Untuk menonton video kempen, klik pautan berikut: https://www.youtube.com/watch?v=u1ecXj9YT8I.Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen Memo Mr Papa dan kerjasama ini di memomrpapa.anmummaterna.com.my.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply