Apa itu Flight Simulator ?

0
simulator2 
(Gambar hiasan)

DALAM usaha menjejaki kehilangan pesawat MAS MH370, beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.

Anda tahu apa itu flight simulator? Simulator penerbangan (flight simulator) adalah sistem untuk mewujudkan gambaran. Simulator penerbangan sering digunakan industri penerbangan dan militer untuk melatih juruterbang, simulator bencana dan pengembangan pesawat.

Teknik simulator penerbangan juga digunakan dalam industri luar angkasa sebagai acuan untuk beberapa pekerjaan seperti : Simulator penerbangan (flight simulator) adalah sebuah sistem untuk mewujudkan gambaran penerbangan sebuah pesawat terbang (hampir) sebenar.

Flight-Simulator-X-Deluxe-PC
(Gambar hiasan)

Pada awalnya digunakan sebagai latihan bagi bakal juruterbang, sebelum menerbangkan pesawat sebenar. Kemudian pada era moden diangkat menjadi tema game di mana pemain berperanan sebagai juruterbang. Dari sudut pandang kamera biasanya akan mengambil bahagian dalam (kokpit) pesawat lengkap dengan control panelnya.

Flight Simulator membantu menyelamatkan ribuan nyawa juruterbang. Menurut beberapa sumber, penciptanya,  Edwun A Link, Jr  diberi anugerah penghargaan setelah 22 tahun meninggal dunia.

National Inventors Hall of Fame (NIHF) pada 11 Februari 2003 memberi penghargaan kepada Edwun Jr. Beliau pencipta flight simulator dan flight trainer. Namanya kemudian ditetapkan sebagai salah seorang daripada deretan Hall of Fame. Edwin Jr diberi penghormatan khusus bersempena peringatan 100 tahun penerbangan The Flyer tahun 2003.

Pada tahun 2003 itu karya Edwin Jr dianggap sebagai salah satu milestone dalam sejarah penerbangan dunia. Ribuan nyawa juruterbang telah diselamatkan ‘si pilot savernya’ itu.

Selain itu, penggunaan simulator juga telah berhasil mengurangkan kos latihan berbanding menggunakan pesawat sebenar. Keperluan operasi simulator hanyalah bekalan arus elektrik yang stabil. Sementara pesawat sebenar memerluhkan bahan bakar dan kos-kos lainnya.

* Berdasarkan info beberapa sumber

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply