“Apa Khabar” Juara Lagu AJL29

0
Lagu Apa Khabar dinyanyian Joe Flizzow dan SonaOne dengan penuh emosi dan vokal memukau penonton.

Lagu Apa Khabar dinyanyian Joe Flizzow dan SonaOne dengan penuh emosi dan vokal memukau penonton.

LAGU ciptaan SonaOne dan Joe Flizzow, Apa Khabar dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, sebentar tadi.

Kemenangan lagu itu melayakkan gandingan pencipta dan penyanyi itu membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Lagu Apa Khabar dinyanyian Joe Flizzow dan SonaOne dengan penuh emosi dan vokal memukau penonton.

Naib juara dimenangi lagu Masih Aku Cipta nyanyian Shila Amzah ciptaan sepenuhnya Shila Amzah serta membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimenangi lagu Di Pintu Syurga ciptaan Tam Spider dan Imran Iman dendangan Dayang Nurfaizah. Hadiah ketiga menerima wang tunai RM20,000 dan trofi.

Vokal Terbaik AJL29 menjadi milik Dayang Nurfaizah yang membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Persembahan Terbaik pula dimenangi kumpulan Mojo menerusi lagu Romancinta dan turut memenangi wang tunai RM12,000 dan trofi.Kumpulan Caliph Buskers menyampaikan lagu popular itu, dengan baik sekali sekali gus mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini, AJL29 dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya selain diserikan persembahan selingan hebat antaranya daripada kumpulan Headwind, Tomok, Roni Hyperact dan peserta Mentor musim baru.

Anugerah Juara Lagu Ke-29 dipancarkan secara langsung di TV3 oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply