Apabila perkahwinan tiada lagi keserasian

0

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry‘ (keserasian)?

Banyak perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan apabila “tiada lagi chemistry” dalam perkahwinan.

Chemistry” dalam perkahwinan, saya takrifkan sebagai perasaan ketika mula saling mengenali iaitu rasa rindu, ghairah (berahi) dan mahu melaksanakan rasa tanggungjawab (melindungi).

Perasaan rindu adalah perasaan rasa kesunyian dan ingin berjumpa dengan orang yang kita rindu. Jika suami atau isteri tidak lagi ada perasaan rindu, ia adalah tanda-tanda perkahwinan yang mulai hambar.

Contoh lain, jika isteri atau suami berpisah pada jangka masa yang lama, dan ada waktunya terdetik rasa kerinduaan itu, bermakna perkahwinan puan mungkin dapat diselamatkan.

Begitu juga rasa berahi. Apabila seorang lelaki melihat wanita dan sebaliknya, ada perasaan syahwat untuk memegang, mengusap, menyentuh, berasmara dan melakukan hubungan seksual.

Perasaan rasa tanggungjawab atau mahu melindungi pula adalah perasaan mahu melaksanakan sesuatu tugas yang luar kebiasaan dengan tujuan untuk melindungi perasaan dan fizikal pasangan kita.

Sebagai contoh, membasuh baju dan memasak ketika isteri sakit. Tugas ini biasa dilakukan isteri, tetapi oleh kerana ada rasa tanggngjawab dan mahu melindungi, suami tidak benarkan isteri memasak dan basuh baju kerana isteri sedang sakit. Maka beliau mengambil inisiatif untuk memasak dan membasuh baju, atau sekurang-kurangnya membeli lauk di kedai dan menghantar baju ke kedai dobi.

Ini tanda-tanda sebuah rumahtangga dapat diselamatkan. Jika tiada tanda-tanda tersebut, bolehlah minta bantuan dari pihak ketiga seperti kaunselor. – Dipetik daripada tulisan Dr Zubaidi Haji Ahmad (facebook.com/DrZubaidiHjAhmad)

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply