Artis ‘basuh peminat’ di media sosial

0

Hi semua, salam perkenalan. Seronoknya Miss Pink dapat menulis di dalam Portal Online ni. Terima kasih kepada Editor dan warga kerja Inspirasi Magazine yang sudi memberi ruang kepada Miss Pink ye. Selamat membaca berita sensasi dunia hiburan, kalau ada gosip terkini yang Miss Pink terlepas, boleh share dengan Miss menerusi email inspirasimagazine@gmail.com ye.

Oklah, ni Miss Pink nak kongsi sikit pasal perangai artis kita sekarang. Amboi, sejak canggihnya teknologi media sosial sekarang bukan main berani artis kita ‘basuh peminat’. Baik di dalam Facebook, Twitter atau Instagram. Miss Pink tak kata semua artis ye, segelintirnya memang sangat berani ‘berperang’ dan ‘memetir’ dengan peminat mereka.

Bukanlah tak boleh mereka membalas komen peminat demi nak mempertahankan diri atau beri penjelasan keadaan sebenar, tetapi biarlah elok bahasa juga caranya. Jangan main ‘hembus’ saja. Sebagai artis, awak tu ‘pusat perhatian’ masayarakat. Jadi kena jaga perilaku.

Kalau suatu ketika dulu, ada segelintir artis selalu tak puas hati dengan orang media dan acapkali juga tuduh wartawan ni ‘jahat mulut’ dan suka menulis gosip yang bukan-bukan hingga mencalarkan populariti mereka. Sekarang, artis sendiri sudah pandai cari pasal dan bikin kontroversi sendiri, akhirnya jadi bahan berita dalam surat khabar, majalah atau program hiburan di TV. Tak payahlah rasanya Miss Pink nak beri contoh ‘kan. Sendiri fikirlah ye!

Jadi, sebagai pengamal media sukalah Miss Pink nak beri pesan penaja. Kita sebagai orang yang dikenali masyarakat, kena pandai jaga perilaku dan bahasa. Kalau tak puas hati dengan komen peminat, balas elok-elok. Jangan beremosi dan akhirnya jadi bahan bualan ramai. Janganlah hanya pandai bermanis mulut waktu nak promosi filem, drama, album atau apa-apa hasil kerja anda saja. Betul tak?

Sebagai selebriti, kenalah study sikit macam mana nak kekalkan nama baik. Contohilah cara artis senior ‘beli jiwa’ peminat mereka.Misalnya seperti Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Aaron Aziz, Rosyam Noor, Anuar Zain dan Ziana Zain (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka antara selebriti negara yang selalu cool menghadapi kritikan dan komen peminat.

Ye…Memanglah kita kena jadi diri sendiri, tetapi jangan sampai nampak macam tengah ‘membodohkan’ diri sendiri. Peminat sekarang bijak menilai, emosi jangan dibalas dengan emosi. Berdiplomasilah, kesannya pasti lebih positif dan paling penting, anda lebih dihormati sebab cool menghadapi kritikan.

Teknologi memang sudah moden, tetapi perangai kita jangan sampai buat orang menyampah dan sakit hati nak layan. Laman sosial ni banyak manfaatnya, janganlah jadi medan perbalahan pulak dan kepada peminat, jagalah bahasa anda apabila memberi komen. Ingat, bahasa jiwa bangsa!

Hmmm…oklah, itu saja pesanan Miss Pink. Kita jumpa lagi. #jangansentaptakcoolla

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Miss Pink

Manis orangnya. Tinggi lampai dan suka bergaya. Warna kegemaran, merah jambu. Dek obses sangat dengan warna itu, kami panggil dia 'Miss Pink'. Suka warna lembut, tetapi berhati-hati bahasanya 'tajam'. Gosip dan perkembangan dunia hiburan di dalam poket dia. So, berhati-hati ye.

Leave A Reply