Asam Rebus Perut Lembu

0

Sajian ini cukup mudah dan ringkas. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama mihun yang dicelur terlebih dahulu. Anda boleh cuba sendiri untuk menikmati rasanya.

Bahan:

  • 1/2 kg perut lembu, dibersihkan dan direbus
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Limau nipis secukupnya

Bahan dihiris:

  • 5-10 biji cili padi
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar

Cara membuatnya:

  1. Perut lembu yang sudah direbus, dihiris mengikut cita rasa anda.
  2. Di dalam periuk, masukkan perut lembu dan air secukupnya. Rebus sehingga perut empuk.
  3. Bubuh garam dan gula secukup rasa, limau nipis dan bahan hiris.
  4. Masak sehingga tomato sedikit layu dan angkat.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasie-magazine atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply