Asmara kekal mewangi

0
Kucupan yang diberi suami atau isteri ketika hendak keluar atau pulang ke rumah boleh mendamaikan hati.

Kucupan yang diberi suami atau isteri ketika hendak keluar atau pulang ke rumah boleh mendamaikan hati. (Gambar hiasan)

CINTA yang ikhlas pasti memberi kebahagiaan dan jalinan asmara terus kekal mewangi selamanya. Bagi pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih  sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal harmoni.

Memberi kucupan dan senyuman kepada pasangan, saling membantu, sentuhan kecil, menghadiahi pasangan dengan sesuatu yang diingini, menjaga kebersihan diri dan memberikan pujian adalah antara cara sedehana yang boleh dialami supaya cinta tetap segar dan bahagia hingga ke hujung usia.

Tidak perlu malu untuk memberi kucupan, dakapan dan senyuman ketika bersama pasangan. Kucupan yang diberi suami atau isteri ketika hendak keluar atau pulang ke rumah boleh mendamaikan hati. Ini kerana pelakukan itu memberi tanda kerelaan, penerimaan, doa dan isyarat kesetiaan antara pasangan suami isteri dijaga dengan baik.

Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda menjaga hubungan dengan pasangan, sekali gus menyuburkan cinta yang kekal abadi.

  1. Bantu pasangan melakukan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawabnya boleh mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Selain membuat anda lebih memahami tanggungjawab pasangan dan ini mampu mewujudkan perasaan empati yang lebih baik. Misalnya, “Ohh…walaupun cuci baju guna mesin, tetap penat ya.”
  2. Secara fizikal, kucupan, pelukan atau berpegangan tangan boleh mengeratkan hubungan anda dan pasangan dari segi emosi. Manakala dari segi emosi, memberi pujian kepada pasangan pada waktu tertentu membuat dia berasa diperlukan dan dihargai. Pujian yang baik dan tepat satu daripada dorongan kepada pasangan untuk memberikan yang terbaik. Misalnya, lebih menyayangi dan menghormati perasaan anda.
  3. Hadiah mempunyai pengaruh yang cukup besar untuk menyemai perasaan cinta dan kasih. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai (diperlukan). Walaupun kecil dan tidak mahal, paling penting mampu mengungkapkan kasih sayang kepada pasangan.
    asmara3

    Pujian yang baik dan tepat satu daripada dorongan kepada pasangan untuk memberikan yang terbaik. (Gambar hiasan)

  4. Kata pepatah Melayu, dari mata turun ke hati. Jaga penampilan anda ketika bersama pasangan. Sekali sekala, tiada salahnya tampil istimewa dan ajak pasangan keluar bersama tanpa gangguan anak.
  5. Pasangan bahagia selalu mahu berkongsi impian. Apabila ada waktu terluang, ajak pasangan berbual mengenai harapan dan keinginannya. Jangan sekali-kali meremehkan kata-katanya. Beri sokongan dan tunjukkan minat anda untuk terus mendengar.
  6. Pengkhianatan daripada  orang yang dicintai memang menyakitkan. Justeru,  jaga dan hargai kepercayaan pasangan anda. Jika ada masalah dalam hubungan, berterus-terang dan berbincang untuk mencapai penyelesaian.

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply