Atasi trauma keguguran

0
Gambar hiasan

Gambar hiasan

DIKURNIAI zuriat memang menjadi dambaan setiap pasangan suami isteri, namun ada segelintir daripada mereka belum berpeluang mendapatkannya. Ada pelbagai faktor termasuk keguguran.

Bagi wanita hamil, keguguran boleh jadi satu pengalaman menyedihkan. Apatah lagi jika berlaku pada kandungan kali pertama atau keguguran berturut-turut.

Sering kali berlaku, wanita mengalami keguguran sebelum dia menyedari kehamilannya. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur pada hari pertama kehamilan. Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku (pada 12 minggu pertama kehamilan) dan dipanggil keguguran awal.

Manakala keguguran lewat (berlaku selepas tempoh 12 minggu pertama kehamilan) pula tidak kerap berlaku. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi. Pada peringkat ini, bagi kebanyakan ibu bapa, istilah “keguguran” tidak menepati kesedihan kerana kehilangan bayi mereka.

Sementara ada sesetengah wanita mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka telah mengalami tiga atau lebih keguguran berturut-turut. Ini berlaku kepada kira-kira satu dalam 100 wanita.

Punca keguguran?
Keguguran awal biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan penyebab biasa. Masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:

•jumlah kromosom yang tidak tepat;

•perubahan dalam struktur kromosom.

Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio. Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku kerana masalah kesihatan wanita itu berbanding masalah kepada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.

Jika anda telah mengalami beberapa keguguran berturut-turut, anda mungkin terdesak untuk mengetahui mengapakah ini berlaku kepada anda. Malangnya, dalam kebanyakan kes, penyebabnya tidak dapat dipastikan. Namun, fakta menunjukkan tiga daripada empat wanita yang menghadapi masalah ini akhirnya dapat melahirkan bayi sihat.

Anda perlu mendaftar untuk membaca keseluruhan kandungan portal ini. Login menggunakan kotak di sidebar. Tidak mendaftar? Klik di sini untuk mendaftar
Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply