Aura fesyen Dian Pelangi

0
Gambar: DianPelangi.Com

Gambar: DianPelangi.Com

DIAN Pelangi bukan hanya seorang pereka fesyen, dia juga trendsetter. Penampilan hariannya menjadi panduan bagaimana seharus muslimah moden bergaya. Tidak hanya di Indonesia, bahkan karyanya turut dikenali hingga ke luar negara.

Graduan ‘Ecole Superieur des Arts et Techniques de la Mode (ESMOD)’ Jakarta ini juga menjadi pereka termuda di Asosiasi Perancang Pengusaha Muda Indonesia (APPMI).

Wanita kelahiran Palembang, 14 Januari 1991 ini mempunyai kreativiti tidak terbatas, rekaannya unik, segar, penuh warna-wani dengan kain tenun tradisional, membuat hasil rekaan busananya ‘mewah’ dan berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti Paris, Singapura, Australia, London, Abu Dhabi, Jordan dan Pakistan. Lebih membanggakan, Dian dijemput menyertai International Fair of Muslim World yang akan diadakan di Le Bourget Exhibition, Paris.

Semuanya bermula apabila dia berjinak-jinak menulis mengenai perkembangan diri serta fesyen yang diminati di dalam blog miliknya. Dia tidak menyangka blog yang dibuat atas dasar suka-suka itu mendapat perhatian, malah menjadi panduan kepada wanita lain untuk bergaya moden dan unik.

“sejak awal lagi saya memang mahu menunjukkan bahawa berhijab juga boleh tampil moden dan tidak melanggar akidah. Saya lihat, ramai muslimah yang salah langkah apabila bergaya. Mereka mahu tetap berhijab dan tampil fashionable, tetapi menyalahi tuntutan agama. Padahal, muslimah tidak boleh mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk tubuhnya. Busana rekaan saya mengetengahkan konsep, ‘tertutup tetapi tetap fashionable.”

Tidak keterlaluan andai disifatkan, Dian pelangi menjadi  fenomena arena fesyen di Indonesia juga Malaysia terutama busana muslimah. Gaya berhijabnya sentiasa fashionable, tetapi tetap sesuai dengan syariat Islam hingga  memberi inspirasi kepada wanita muslimah.

Kredit foto: DianPelangi.Com

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Zureena Aqil

Gadis, 27 tahun, minat mengembara dan gemar makanan cita rasa Indonesia. Agak pendiam, tetapi pandai juga menyakat orang.

Leave A Reply