Awie mengaku tidak bersalah pukul isteri

0
Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun.

PENYANYI rock terkenal, Awie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang, di sini, atas pertuduhan memukul isterinya, baru-baru ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Rozana Misbun, 36, hingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana Ampang, di sini, kira-kira jam 1.30 petang, pada 2 Jun lalu. Berikutan itu, dia didakwa mengikut Selsyen 325 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Akhbar sebelum ini melaporkan Awie yang juga vokalis kumpulan Wings dikatakan mencederakan isterinya di tempat awam sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang, pada 17 Jun lalu, kerana bimbang kejadian sama akan berulang.
Ahad lalu, selepas tersebarnya beberapa keping gambar isterinya yang mengalami kecederaan di laman sosial, Awie mengaku dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- BH Online

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply