Monday, Jul 16, 2018
HomeInspirasi DapurAyam Masak Merah Bersantan

Ayam Masak Merah Bersantan

AYAM antara makanan yang diminati ramai. Cara memasak juga beraneka cita rasa. Kali ini apa kata jumpa resipi mudah tetapi enak. Bahan dan cara membuatnya mudah sahaja, boleh dihidangkan pada bila-bila masa. Rasanya yang lemak, pedas dan manis pasti menambat hati seisi keluarga.

Advertisements

Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil dan cuci bersih
  • Minyak untuk menumis
  • 2 batang serai, dititik
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit air
  • Gula melaka secukupnya
  • 5 camca besar santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukupnya
  • 3 helai daun limau purut

Bahan dikisar:

  • 10 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 3 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 cm lengkuas
  • Sedikit air

Cara membuatnya:

  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga setengah masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, gula melaka dan sedikit air, masak sehingga gula melaka cair.
  4. Bubuh santan pekat, asam gelugor dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng dan daun limau purut, kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak.
* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melaluiemel hipandabaca@gmail.com.

 

 

comments

POST TAGS:
FOLLOW US ON:
'Panasnya' Abby Abad
Fasha Sandha Tegur P

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja