Ayuh, cipta rekod ‘kumur mulut 12 jam’

0
Kebersihan mulut sangat penting ke arah hidup lebih sihat dan berkeyakinan.

Kebersihan mulut sangat penting ke arah hidup lebih sihat dan berkeyakinan.

MULUT bukan sahaja berfungsi untuk makan dan minum, malah sebagai alat komunikasi. Justeru, kebersihan mulut sangat penting dan harus diberi perhatian. Antaranya dengan menjaga kebersihan rongga mulut, lidah dari semua kotoran atau sisa makanan. Kebersihan gigi dan mulut yang buruk tidak hanya menyebabkan bau mulut, kerosakan gigi dan radang gusi, tetapi boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan lainnya.

Bersempena sambutan Hari Kesihatan Mulut Sedunia, jenama produk pengkumur mulut LISTERINE┬« dengan kerjasama Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, mempelawa anda bersama-sama mencipta rekod di Malaysia Book of Records untuk “Acara Kumur Mulut 12 Jam dengan Paling Ramai Peserta untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan rutin pembersihan mulut. Acara besar ini akan diadakan pada 21 Mac 2015 bertempat di pusa membeli-belah 1 Utama (New Wing), Highstreet (aras G) bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

 Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mulut.

Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mulut.

Anda hanya perlu mendaftarkan diri dan berkumur, untuk mendapatkan sebotol LISTERINE®, baucar diskaun dan sijil khas, di samping berpeluang untuk memenangi hamper Johnson & Johnson yang akan diberikan sepanjang hari! Sertailah acara mencipta rekod istimewa ini dan bersama membantu menyebarkan kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mulut.

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015 turut mempamerkan informasi kesihatan mulut, aktiviti berpendidikan dan pemeriksaan gigi percuma, di samping acara berkumur sepanjang hari itu.

Roadshow Hari Kesihatan Mulut Sedunia ini disokong Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk maklumat selanjutnya tentang Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2015, sila layari Facebook LISTERINE® Malaysia di www.facebook.com/ListerineMalaysia dan anda juga boleh mengesahkan kehadiran ke acara ini di www.facebook.com/events/745909945517042/. Jumpa di sana!

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply