Thursday, Feb 22, 2018
HomeGaya hidupAyuh, kita bercuti

Ayuh, kita bercuti

BERCUTI bukan sahaja menenangkan fikiran, malah dapat memberi pengalaman dan ilmu baru. Ibarat kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pemandangan. Merancang percutian memang menyeronokan apatah lagi jika dapat pergi ke destinasi idaman.

Advertisements

Panduan berikut ini mungkin dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih rapi dan teliti, sekali gus mengelakan daripada berlaku pembaziran, buang masa dan tenaga kerana membawa barang tidak perlu.

  1. Pilih beg sesuai dan mudah untuk menyimpan barang secara praktikal. Elakkan menggunakan beg terlalu besar.
  2. Susun pakaian dalam beg dengan menggulung terlebih dulu pakaian itu. Selain menjimatkan ruang, dapat mengurangkan kedutan pada baju anda. Pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulung sekecil mungkin.
  3. Letakkan barang berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan lebih seimbang. Jika membawa barang seperti komputer riba atau kamera, letak di dalam bekas tahan lasak sebelum masukkan ke dalam beg.
  4. Masukkan kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi di dalam botol bersaiz kecil. Ini menjimatkan pemakaian dan ruang di dalam beg.
  5. Jika bercuti di pulau atau kawasan pantai, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor.
  6. Asingkan barang penting seperti dompet atau pasport di dalam beg kecil supaya mudah diambil ketika diperlukan dan tidak perlu menyelongkar beg pakaian.
  7. Jika membawa kasut lebih, bungkus di dalam plastik untuk menjimatkan ruang. Boleh bawa bantal tiup yang ringan dan praktikal.
  8. Bawa jaket atau seluar yang mempunyai ruang penyimpanan banyak ketika pergi bercuti.
  9. Selain cuaca, pertimbangkan perubahan musim di tempat yang mahu dikunjungi. Bagi aktiviti mengembara di dalam hutan, kasut sesuai perlu disediakan sebagai langkah keselamatan.
  10. Pakaian yang mudah disuai padan dan ringan serta cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg sekali gus tidak perlu mengheret beg besar. Jika bercuti pada musim sejuk, jangan abaikan baju sejuk.
  11. Jangan membazir dengan membeli baju baru sebagai persediaan bercuti kerana anda mungkin membeli banyak pakaian baru ketika bercuti.

 

comments

FOLLOW US ON:
Suai padan warna & m
Resipi Tortilla Wrap

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja