Azharina tak fikir soal kahwin

0
Rahmat fokus utama Azharina.

Rahmat fokus utama Azharina.

LAMA tidak mendengar khabar mengenai  penyanyi yang popular menerusi lagu Elegi Sepi ini. Wartawan Inspirasi Magazine berpeluang bertemunya di butik pereka tersohor, Razman Razmi Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam seronok bercerita berkenaan berkembangan terbaru wanita berjiwa tegar ini, sempat penulis berseloroh mengenai status dirinya yang masih single hingga kini ini walaupun telah bercerai kira-kira tujuh tahun lalu.

Menginjak usia 30 tahun, Azharina atau lebih mesra dengan sapaan Nina,mengakui dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi. Bukan serik atau trauma dengan kegagalan perkahwinan dahulu. Sebaliknya, pengalaman kecundang dalam perkahwinan pada usia muda banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.

Selain itu, penyanyi bersuara lantang ini berkata, faktor sibuk mengurus kerjaya seni dan perniagaannya juga antara penyebab mengapa dia masih menyendiri.

Nina berkata, sejak bercerai dengan usahawan Datuk Shukri Mohamed, dia banyak menumpukan kepada syarikatnya, Top 3 Production Sdn Bhd dan Azharina Entertainment. Syarikat produksinya telah membuat ratusan ‘trailer’, ‘teaser’, iklan, pesanan khidmat awam, dokumentari dan video korporat untuk pelbagai syarikat dan pertubuhan.

Nina turut mengakui dia sangat memilih (lelaki yang mahu mendampinginya), namun tidak menolak andai bertemu jodoh suatu hari nanti.

Hidup selesa berkat usaha keras sendiri.

Hidup selesa berkat usaha keras sendiri.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan perjalanan hidup saya sepanjang 29 tahun ini. Jatuh dan bangun, gembira juga sedih menjadi pengalaman berharga sekali gus membuat diri lebih matang. Berkat kerja keras dan dengan izin Allah, kehidupan saya kini cukup selesa.

Soal kahwin lagi, jujur kata sekarang ini saya tidak terlalu memikirkan soal jodoh. Kalau ada jodoh yang sesuai dan keluarga merestuinya, saya akan terima. Kalau tiada jodoh pun, saya tetap bersyukur kerana sampai detik ini pun saya sebenarnya belum terfikir untuk berkahwin lagi.

Kehidupan saya hari ini sudah cukup membahagiakan, apatah lagi sejak kehadiran Rahmat. Dia menjadi keutamaan saya dalam apa-apa juga keadaan. Alhamdulillah, lapan tahun menunggu dan berusaha untuk mempunyai anak, akhirnya Allah makbulkan juga doa saya,” kata Nina yang kini bahagia dan teruja menjadi ibu kepada Rahmat Azharin Aziz, dua bulan (ketika artikel ini ditulis).

Ikuti rakaman temubual eksklusif Inspirasi Magazine bersama Azharina di sini (klik untuk tonton video).

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply