Monday, Feb 26, 2018
HomeBeritaAzmin Ali angkat sumpah MB Selangor

Azmin Ali angkat sumpah MB Selangor

Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

KLANG – Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, 50, hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di majlis Istiadat Angkat Sumpah di Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang pada jam 10.42 pagi tadi.

Advertisements

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan istiadat lantikan Menteri Besar Selangor.

Azmin tiba di istana bersama isterinya, Shamsidar Taharin pada jam 8.30 pagi bagi menjalankan raptai penuh sebelum majlis angkat sumpah.

Timbalan Presiden PKR itu mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memegang jawatan berkenaan lebih enam tahun bermula 2008.

Lantikan Azmin sekali gus merungkai kemelut politik berpanjangan di Selangor selepas PKR menyingkirkan keahlian bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

comments

"Pertahankanlah nege
Bayi lapan bulan par

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja