Sunday, Jun 24, 2018
HomeSelebritiAzza (Elite) seronok jual ‘bedak sejuk’

Azza (Elite) seronok jual ‘bedak sejuk’

PELAKON, penyanyi dan pengacara yang manis berhijab, Nor Azzarima Zawari Aziz  atau lebih dikenali sebagai Azza (Elite) kini meggembangkan kariernya ke dunia perniagaan. Selain membuka butik pakaian di Precious Aljannah, Busana Mall, Jalan Tunku Abdul Rahman, dia turut menjual produk bedak sejuk.

Advertisements

Azza berkata produk bedak sejuknya, diberi nama Azza’s menjadi rahsia turun-temurun keluarganya. Azza’s Cold Powder adalah bedak sejuk yang membantu menyegar, melembut dan menyejukkan kulit selain dapat merawat ruam muka, gatal, resdung serta jerawat.

“Azza’s adalah formula lama yang kini diperbaharui. Sejak saya kecil lagi, saya guna bedak sejuk untuk pelbagai kebaikan dengan meletakkannya di wajah, habis putih melepak. Seiring perkembangan masa dan permintaan saya jadikan bentuk serbuk itu kepada cecair yang mudah digunakan.

Penggunaannya mudah saja, hanya sapukan nipis setiap malam sebelum tidur, sesiapa saja yang menggunakannya dapat melihat perubahan seperti mencerahkan lagi kulit, melembutkan dan menyegarkan wajah,” kata Azza yang mengakui semakin seronok menjalankan perniagaannya itu.

Kepada sesiapa yang berminat ingin mencuba produk Azza’s, bolehlah menghubungi talian 017-3077012 atau menerusi laman Instagram/Azzaelite.

Sementara itu, selepas lebih dua bulan berhijrah mengenakan tudung, Azza memberitahu kehidupannya lebih sempurna dan menyenangkan.

“Saya bertudung kerana Allah SWT dan diri sendiri. Tiada kaitan untuk saya mengubah segala-galanya termasuk karakter dan pendirian diri. Paling penting, tuntutan agama untuk saya menutup aurat. Saya mahu melakukan perubahan secara drastikkerana jujurnya saya tahu kemampuan dan kredibiliti diri sendiri.

Di samping perniagaan ini, saya juga masih lagi berada dalam industri ini, tempat saya mencari rezeki,” ujarnya yang percaya rezekinya dalam industri seni hiburan tetap ada meskipun dia kini sudah berhijab.

 

 

comments

Jauhi lelaki ini
Hanez tuntut isteri

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja