Bagasta, selesa dan mempesona

0
Dekorasi biliknya yang nyaman pasti membuat anda puas hati, apatah lagi dengan tilam empuk serta bantal lembut memang membuat tidur lebih nyenyak dan selesa.

Dekorasi biliknya yang nyaman pasti membuat anda puas hati, apatah lagi dengan tilam empuk serta bantal lembut memang membuat tidur lebih nyenyak dan selesa.

KUALA LUMPUR memang menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong dari seluruh dunia. Bagi yang baru tiba di sini atau sekadar mahu berehat dalam suasana tenang, pastinya mencari hotel pada harga berpatutan serta selesa sepanjang berada di bandaraya maju ini, Bagasta Boutique Hotel, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pilihan tepat.

Terletak di tengah-tengah kota metropolitan, butik hotel ini yang menawarkan pengalaman penginapan berkonsepkan kampung moden dengan menyerapkan konsep terkini dan gaya urban.

Penataan dekorasinya yang disuntik dengan elemen suasana kampung memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung. Tatahias unik, menarik dan membentuk identiti yang tersendiri, pastinya pintu rumah kampung lama yang diangkat sebagai kepala katil.

Anda pasti akan terkenang kampung halaman apabila menginap di sini. Ditambah persekitaran Kampung Baru masih mempunyai rumah kampung lama yang dijaga dengan baik.

 

Bagasta yang terletak di 56 Jalan Raja Alang cukup strategik kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuk berjiran dengan restoran western (HR Steak House), Kampung Baru serta Masjid Kampung Baru.

‘Bagasta’ dalam bahasa Melayu Mandailing bermaksud rumah kita mempunyai keunikkan tersendiri. Ruang lobinya yang ringkas tetapi mesra pengunjung kelihatan cukup manis tatahias yang memang mempunyai kombinasi ciri-ciri ala kampung dengan elemen moden, menyuntik nafas selesa dan mendamaikan. Apatah lagi, kebanyakan biliknya mempunyai latar belakang pemandangan kota paling indah khususnya pada awal pagi dan malam.

Mempunyai 30 bilik yang yang merangkumi Superior (RM 180), Deluxe (RM 210), Family (RM 240), Family Suite (RM 325) dan Master Suite (RM 375), setiap biliknya dilengkapi kemudahan penghawa dingin, televisyen, hot shower, kopi dan teh serta WIFI percuma di dalam bilik.

Dekorasi biliknya yang nyaman pasti membuat anda puas hati, apatah lagi dengan tilam empuk serta bantal lembut memang membuat tidur lebih nyenyak dan selesa.

 

Syurga makanan
Lebih menarik, anda bukan sahaja dapat menikmati penginapan terbaik di tengah bandaraya Kuala Lumpr, malah di sekeliling Bagasta ini ada ratusan gerai makanan yang cukup menyelerakan. Anda hanya perlu berjalan kaki dalam jarak beberapa meter sahaja untuk ke restoran atau gerai pilihan yang menyediakan pelbagai hidangan lazat.

Bagi anda yang tidak biasa dengan persekitar Kampung Baru, antara lokasi menarik berhampiran Bagasta ini termasuk Menara berkembar Petronas KLCC, Jalan Tunku Abdul Rahman, Pasar Chow Kit, Petaling Street, Dataran Merdeka, Menara Kuala Lumpur, Pavilion, Bukit Bintang dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi! Penuhi percutian anda dengan berehat dan bersantai di Bagasta. Oh ya, pastikan anda membuat tempahan awal (terutama pada hujung minggu) sama ada melalui emel; reservation@bagasta.com.my atau terus ke talian +603-26989988. Maklumat lanjut, layari  www.bagasta.com.my

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

Anis Remli

Selain gemar memerhati, selalu teruja merakam keindahan semula jadi. Suka melancong terutama ketika musim sejuk. Gemar muzik keras, teater dan novel indie serta puisi jalanan.

Leave A Reply