Baju menjolok mata, benarkah itu Rebecca Nur Al-Islam?

0

SELEPAS ‘Jump-Suit’ Neelofa menjadi kontroversi dan bahan kritikan pada sebuah majlis anugerah tidak lama dulu, yang terbaru Astro Gempak telah menerima kiriman e-mel daripada pembaca yang tidak puas hati dengan persalinan yang dikenakan oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam. Menurut pembaca tersebut, gambar Rebecca dalam persalinan serba merah itu di ambil daripada akaun peribadi pelakon tersebut. Kata pembaca itu lagi, pakaian yang dikenakan Rebecca adalah sangat tidak sesuai kerana menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas. Rebecca Nur Al IslamLebih menyedihkan menurut pengirim gambar itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’. Memang berat tuduhan tersebut, tetapi bagi Astro Gempak pula sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, Rebecca seharusnya lebih sensitif dengan penampilannya. Bagaimanapun, pengirim emel tersebut tidak pula menyatakan lokasi atau majlis apa yang dihadiri Rebecca itu. Astro Gempak juga telah cuba untuk mengakses sendiri laman instagram Rebecca tetapi tidak berjaya kerana ia telah disetkan ‘private’.- Astro Gempak / Astro Awani

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply