Balasan kerana cekik ibu

0
cekik ibu

Mahkamah arah tertuduh jalani hukuman penjara lima hari berkuat kuasa tarikh di tangkap dan setakat semalam, denda tidak dijelaskan.

KOTA BHARU – Tindakan seorang lelaki mencekik ibunya selepas menghalang dia memukul anak kerana tonton video lucah, mengundang padah apabila dijel lima hari dan denda RM1,500 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed ke atas Ahmad Fakhrullah Abd Malik, 28.

Ahmad Fakhrullah mengaku salah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada ibunya, Wan Husniah Wan Abdullah, 56, dengan mencekik leher dan menolak tubuh wanita itu dengan tangan di sebuah rumah di Jalan Langgar, di sini, pada jam 8.30 malam, 2 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berada di rumah, melihat cucu perempuannya berumur 4 tahun menonton video lucah di telefon bimbit milik tertuduh.

Mangsa menegur Ahmad Fakhrullah dan cucu perempuannya serta bertanya kepada Ahmad Fakhrullah mengapa biarkan anak bermain telefon, menyebabkan lelaki itu memarahi dan memukul anaknya.

Mangsa cuba halang tertuduh terus memukul anaknya menyebabkan tertuduh mencekik leher dan menolak mangsa sehingga ke dinding rumah.

Mahkamah arah tertuduh jalani hukuman penjara lima hari berkuat kuasa tarikh di tangkap dan setakat semalam, denda tidak dijelaskan.

Mohamad Nasrudin turut memerintahkan penjara dua bulan atas kegagalan tertuduh membayar denda tersebut. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.- Sinar Harian

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply