This domain has recently been listed in the marketplace. Please click here to inquire.

spamcheckr.com

Bantu komuniti yang kurang bernasib baik

0

Caring Project adalah sebuah Tanggungjawab Sosial Korporat dijayakan ahli CongreZZ KidZania Kuala Lumpur.

KidZania CongreZZ 2017 menerusi acara tahunannya, Caring Project, baru-baru ini telah menganjurkan Hari Sukan untuk kanak-kanak daripada Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Lighthouse (Lighthouse).

Acara sukan yang mengetengahkan semangat perpaduan itu telah diadakan di Sports Planet Kota Damansara dan disertai ahli KidZania CongreZZ dan kanak-kanak dari rumah kebajikan berkenaan. Pelbagai acara sukan, permainan dan aktiviti telah dijalankan untuk  peserta yang hadir.

Caring Project adalah sebuah Tanggungjawab Sosial Korporat dijayakan ahli CongreZZ KidZania Kuala Lumpur. Pada tahun ini, Caring Project telah memperkenalkan aktivti yang telah diadaptasikan daripada program KidZaniaSportZ 2017 dengan tujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan dan persaingan sihat di kalangan kanak-kanak.

“Menerusi Caring Project, ahli KidZania CongreZZ diberi tanggungjawab untuk membuat kajian, merancang dan mengatur acara amal. Ia secara tidak langsung mendidik mereka tentang pengurusan masa dan projek. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari nilai kerjasama dan menyumbang kemahiran serta masa mereka untuk golongan kurang bernasib baik.” kata Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad.

Pelbagai acara sukan telah diadakan pada Hari Sukan itu, antaranyaZumba, CrossFit, futsal dan “dodgeball”. Aktiviti lain seperti golf mini, memanah, bola jaringdan ping pong mini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada ahliCongreZZ dan kanak-kanak Lighthouse.

Di penghujung acara, mereka dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh ahli CongreZZ dan Pasukan Artistik KidZania Kuala Lumpur.

KidZania CongreZZ adalah kumpulan yang terdiri daripada 20 orang kanak-kanak berusia dari 7 hingga 12 tahun, yang dipilih setiap tahun untuk mengawal selia KidZania Kuala Lumpur dan memberi pendapat masing-masing serta diberi peluang untuk membuat keputusan penting. Mereka akan berkumpul setiap tiga bulan dalam setahun untuk membincangkan topik-topik yang bermanfaat seperti media, hiburan, pendidikan dan kesusasteraan. Mereka juga merancang acara dan inisiatif tahunan seperti Caring Project untuk membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Sejak dua tahun lalu, CongreZZ Kids telah menjadi hos dan melawat kanak-kanak kurang bernasib baik daripada dua rumah kebajikan, mengadakan Konsert Amal Mini dan mengadakan program amal di komuniti Orang Asli untuk memberikan pendedahan tentang budaya dan gaya hidup yang berbeza.

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply