Bawal Berlada Masam Manis

0
Hidangan ini enak dimakan bersama sup sayur atau sayur campur yang digoreng bersama sos tiram. Pastinya membangkit selera seisi keluarga.

Hidangan ini enak dimakan bersama sup sayur atau sayur campur yang digoreng bersama sos tiram. Pastinya membangkit selera seisi keluarga.

Sama ada di restoran mahupun di rumah, hidangan pedas memang menjadi pilihan ramai. Hari ini, Inspirasi Dapur mahu berkongsi satu lagi resipi mudah dan enak untuk anda cuba. Ikan Bawal Berlada Masam Manis nama diberi, penyediaannya ringkas dan bahannya senang didapati di sekitar anda. Jom, kita cuba.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam, dilumur dengan perahan air lemon dan dicuci bersih
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
Gula secukup rasa
1 labu bawang bombay, dihiris bulat
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Bahan dikisar:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
6-10 tangkai cili kering

Cara membuatnya:
1. Ikan yang sudah dicuci bersih dilumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Perap lebih kurang 10 minit sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga layu dan naik baunya.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos, tomato dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang bombay dan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata, masak sehingga bawang sedikit layu. Padamkan api, siap untuk dihidangkan.

* Kami mengalu-alukan anda untuk berkongsi resipi kegemaran di ruangan ini. Hantarkan resipi, gambar makanan, nama anda, nombor telefon, alamat dan sekeping gambar anda untuk tujuan siaran ke inspirasimagazine@gmail.com (ruangan Inspirasi Dapur)- Editor

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply