Bawal Goreng Masam Manis Berserai

0

Hidangan yang ringkas, namun mampu menceriakan sesi makan bersama keluarga. Jom, cuba resipi mudah ini.

Bahan:

  • 1 ekor ikan bawal, dipotong dua
  • Minyak untuk menumis
  • 3 biji bawang merah, dicencang
  • 3 ulas bawang putih, dicencang
  • 2 camca besar cili kisar
  • 2 camca besar air asam jawa
  • 1 camca besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji tomato dipotong empat
  • 1 biji bawang besar, dihiris

Cara membuatnya:

  1. Ikan bawal cuci bersih, dilumur dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng sehingga masak.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan serai, tumis lagi sehingga pecah minyak.
  4. Bubuh sos cili, sos tiram dan air asam jawa.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan tomato dan hirisan bawang besar. Kacau rata dan masak sehingga tomato sedikit layu.
  7. Akhir sekali, susun ikan bawal di dalam pinggan hidang dan tuangkan tumisan ke atasnya.

* Kami mengalu-alukan penyertaan anda di ruangan ini. Caranya, hantarkan gambar masakan bersama resipinya, nama anda bersama sekeping gambar untuk tujuan siaran melalui ruang mesej facebook/inspirasie-magazine atau emel inspirasimagazine@gmail.com.

 

 

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply