Bayi lapan bulan parah digigit biawak

0
Ibu mangsa hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.

Ibu mangsa hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku.

ROMPIN – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan kepala selepas digigit seekor biawak besar di kuarters pekerja Berjaya Resort Tioman, kira-kira jam 10 ┬ápagi semalam.

Kejadian terbabit disedari ibu mangsa yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing untuk rawatan susulan.

Difahamkan, ketika kejadian ibunya meninggalkan bayi berkenaan di atas lantai di ruang dapur untuk mengambil sesuatu. Tidak lama selepas itu, dia terdengar bunyi bising di bahagian dapur diikuti suara bayi menangis dengan kuat.

Ibu mangsa yang terkejut bergegas mendapatkan anaknya dan hampir pitam apabila melihat seekor biawak besar sedang menggigit serta mencengkam kepala bayi perempuannya dengan kuku. Haiwan berkenaan cuba menarik anaknya keluar dari dapur dipercayai untuk dibawa lari ke dalam semak berhampiran.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.

Johari berkata, kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia. Pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply