Bayi mangsa dera meninggal dunia

0
Nurain Damia koma seminggu kerana mengalami keretakan pada bahagian tempurung kepala dan darah beku di otak.

Nurain Damia koma seminggu kerana mengalami keretakan pada bahagian tempurung kepala dan darah beku di otak.

KANAK-KANAK perempuan, Nurain Damia Mohd Naqudden,  yang dipercayai menjadi mangsa dera meninggal dunia pagi tadi di Hospital Sungai Buloh dekat sini selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lepas.

Nurain Damia, berusia setahun dua bulan koma seminggu kerana mengalami keretakan pada bahagian tempurung kepala dan darah beku di otak.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, menziarahi mangsa di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi.

Pada 7 Ogos 2014, adik Nurain dimasukkan ke hopital dipercayai didera pengasuhnya di Flat Flora Damansara. Bagaimanapun menurut ibu mangsa, Nor Ani Shafarina Sani, dia dimaklumkan mangsa terjatuh dari kerusi.

Bimbang kejadian tidak dingini berlaku, ibu mangsa membuat laporan polis sejurus selepas kejadian itu, Suspek kini masih ditahan di Balai Polis Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

 

Share on Google+0Share on LinkedIn0Tweet about this on Twitter0Share on Facebook0

About Author

editorial

Leave A Reply