Monday, Feb 26, 2018
HomeBeritaBayi melecur meninggal dunia

Bayi melecur meninggal dunia

Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang melecur teruk selepas disyaki tersilap menggunakan ubat yang diambil di sebuah klinik swasta meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, awal pagi tadi.

Advertisements

Muhammad Nasrullah Khairul Nizam menghembuskan nafas terakhir jam 1.25 pagi selepas 10 hari mendapat rawatan susulan di HSB sejak 8 Mac lalu.

Difahamkan, keadaannya dilaporkan kritikal kira-kira jam 11 malam tadi apabila mangsa dikatakan tidak bermaya dan letih.

Bapa kanak-kanak itu Khairul Nizam Lebai Salleh, 41, berkata, doktor memaklumkan peluang hidup anak tunggalnya tipis akibat terdapat jangkitan kuman dalam darah.

“Keadaan anak saya sebelum ini nampak bertambah baik selepas kisahnya disiarkan dalam akhbar pada awal bulan ini, tetapi tak sangka pula benda nak jadi, dia meninggal dunia awal pagi tadi.

“Berat badannya juga susut daripada 9.6 kilogram (kg) kepada 6.3 kg walaupun kerap menyusu badan, tiada selera untuk makan. Namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Buloh, Kota Sarang Semut, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.-myMetro

 

comments

FOLLOW US ON:
Hujan lebat sejurus
Tolak Ansur Kunci Ke

mediawriter1@gmail.com

Rate This Article:
NO COMMENTS

LEAVE A COMMENT

Optimized with PageSpeed Ninja